Nuffnang Ads

Wednesday, January 5, 2011

Loghat...

Untuk Post ini, saya akan tulis dalam Bahasa Melayu:

em...saya pagi-pagi lagi sudah memikirkan apa yang saya hendak tulis pada hari ini. Bukan apa, kadang-kadang, idea itu datang secara tiba-tiba, selepas itu kita kena ingat, ya lah, takut idea itu hilang.hahaha...

Untuk post ini, saya hendak tekankan kepada negeri. Saya adalah terbaca satu post ini dalam Facebook, 'orang muda sekarang susah nak bercakap dalam loghat masing-masing, nak2 loghat orang Pahang'. Saya orang Pahang, Kalau semua hendak tahu, dalam Pahang, terdapat perlbagai jenis loghat. Kuala Lipis berbeza dengan orang Raub, Bentong pula lebih kepada moden, Temerloh juga berbeza dengan Pekan, dan lain-lain. Cuma Pahang tiada loghat yang standard yang boleh digunapakai untuk dijadikan loghat utama.




Ini adalah salah satu tanda yang ada di Kuala Lipis. Bandar ini dahulunya menjadi ibu negeri kepada Pahang tetapi sekarang sudah bertukar dari Kuala Lipis kepada Kuantan.





Ini adalah tanda nama yang ada di Temerloh, dimana ianya juga dipanggil sebagai Bandar Ikan Patin. Sedap ikan patin dekat sini, dan harganya juga agak berpatutan.





Ini adalah papan tanda mula-mula yang ada selepas melalui tol Bentong. Kiranya ini adalah susur keluar Bentong Timur.





Ni bas Keat yang setia menunggu penumpang di Bandar Raub, salah satu daripada KHAZANAH Raub ni....


Tidak seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan lain-lain negeri. Dimana negeri-negeri lain seakan mempunyai loghat yang sama dan standard cuma adalah sedikit perbezaan yang tidak begitu ketara.



Baiklah berbalik kepada loghat Pahang, saya ini berasal dari Pahang dan daerah Raub yang mana saya , selama 23 tahun membesar di Raub, Pahang dan terdedah dan menggunakan loghat Kampung Jenud saya sendiri. Dan loghat kami (Kampung Jenud) adalah berbeza dengan loghat kampung bersebelahan. Loghat Kampung Jenud adalah lebih kepada loghat orang Perak, ini terbukit apabila saya bercakap dengan mak saya, kawan-kawan saya bertanya, samaada saya ini orang Pahang ke Perak. Dan dengan rasa bangganya menjawab saya adalah orang Pahang. Tetapi mereka seakan tidak percaya.

Jadi apa yang saya ingin nyatakan disini adalah mudah, cuba anda fikirkan loghat anda dan dari mana anda datang dan cuba bertanya kepada diri sendiri, "Adakah saya berbangga dengan Loghat saya?"

7 comments:

  1. yeah...suka2...best kan ada ikan patin yang agak mahal tu....hahaha

    ReplyDelete
  2. kne tag, http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2011/01/salam-perkenalan-buat-blogger-baru.html

    ReplyDelete
  3. oweh.....t i will ask you more about blogging...btw thanks...

    ReplyDelete
  4. salam..

    selalu singgah di Kuala Lipis tu.....

    ReplyDelete
  5. saya orang lipis...memang pun...duduk serumah ngan budak bentong...bila cakap loghat pahang...msing2 tak paham loghat sendiri...he..he...

    ReplyDelete