Nuffnang Ads

Monday, June 20, 2011

ADALAH ITU LEBIH BAIK.

Hai semua!!!






kengkadang apa yang kita rancang tidak semestinya akan berakhir dengan kebaikan, maybe ia akan berakhir dengan keadaan yang tidak baik tetapi setiap yang berlaku dalam dunia ini ada hikmahnya cuma kita sebagai hamba-Nya kena setia dan terus menanti akan kedatangan hari yang berhikmah itu. Mungkin ada di antara pembaca bertanya-tanya kenapa I menulis macam ini kan? 


kita sebagai hamba-Nya kadang-kadang lupa bahawa Dunia ini adalah fana belaka. Dunia yang kita duduk ini adalah tumpangan semata-mata. Kita hanya menumpang. Kita semua adalah penumpang. Dunia ini dan segala yang ada didunia ini adalah Hak milik Allah. Hak MILIK Allah. Dia memiliki segalanya. Kita hanya penumpang. Kita menghirup udara-Nya tetapi kita masih lupa bahawa kepada-Nya kita perlu berterima kasih. Dengan cara apa kita berterima kasih? Berzikir, bersyukur, menunaikan segala yang disuruhNya. Adalah itu lebih baik. Namun, hanya beberapa daripada kita yang melakukan segala yang disuruh-Nya? Adakah kita semua menyedarinya? Are aware of all the things that we done/ will do did/will bring the effects on us, entirely. 


Kadang-kadang, sebahagian daripada diri kita tahu akan hakikat ini, namun, apa tindakan yang dilakukan? Adakah tindakan itu menjadi satu titik tolak kepada kita dalam melakukan perubahan? Adakah kita BENAR-BENAR ingin berubah? Adakah dengan melakukan perubahan akan membawa diri kita ke tempat yang lebih baik? dan satu pertanyaan kita perlu tanya diri kita secara khususnya "Kenapa aku ingin berubah?" Perubahan yang benar-benar perubahan yang diinginkan adalah perubahan yang IKHLAS. Namun, kita perlu tahu akan matlamat jangka panjang, jangan merubah diri secara drastik, haruslah merubah diri secara sedikit demi sedikit. Adalah itu lebih baik.




Segala perubahan yang kearah positive adalah baik dan perubahan dari negative ke positive adalah lebih baik. Allah Maha Mengetahui. Dia mengetahui segala niat kita. 





Assalamualaikum w.b.t









Muah2!!!


p/s: Niat kena IKHLAS!!!

No comments:

Post a Comment