Nuffnang Ads

Tuesday, June 21, 2011

NAMA-NAMA YANG MEMBAWA KEBAIKKAN!!!

Hai semua....


mereka didatangkan dengan putih dan suci...


tadi masa i bangun pagi tadi... i dapat satu idea yang tersangat bernas iaitu NAMA. Yea...betul tu..nama. N-A-M-A. Setiap manusia WAJIB ada nama. Sedap ke tidak ke nama tu adalah bergantung kepada individu. 


Kadang-kadang ibu bapa bagi nama yang dirasakan agak pelik daripada orang ramai kepada anak-anak mereka. Tetapi apa yang mereka jawab kalau nama anak itu agak pelik.... "apa ada pada nama?" mungkin mereka tidak tahu tapi tugas manusia dalam dunia ini untuk saling menegur dan memberitahu kan? okay.. ni yang nak bagitau ni. Setiap perkataan dalam dunia ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Ada yang membawa kepada maksud yang tak best dan tidak baik dan ada juga yang membawa maksud yang best dan mulia. Oleh itu, dalam memilih nama kepada anak-anak kita, kita harus lah merujuk kepada buku nama-nama Islam. Jangan kita rasa nama itu sedap untuk didengar, kita ambil keputusan untuk menamakan anak-anak kita dengan begitu sahaja. Betul tak? Kalau dalam Islam adalah lebih baik jika nama anak-anak kita dinamakan dengan nama-nama Nabi-Nabi atau Isteri-isteri Nabi dan nama-nama sahabat yang ada pada Zaman Nabi. Itu adalah lebih baik. Tetapi dalam memilih nama-nama kepada anak kita, haruslah membawa maksudnya yang bagus. 


Terdapat pelbagai jenis nama yang ada dalam dunia ini maka pilihlah yang bersesuaian dengan anak anda kerana ada juga nama yang tidak padan dengan anak anda dan pilihlah dengan baik. 
Ada yang menamakan nama anda dengan nama yang tak berapa elok di sisi agama, bukan apa, setiap nama yang dinamakan kepada anak sedikit sebanyak mempengaruhi perangai dan tingkah laku anak-anak. Bayangkan jika nama anak anda dinamakan dengan nama "Asad" yang membawa maksud "Singa" dalam bahasa Arab. Sedikit sebanyak akan mempengaruhi perangai anak itu sendiri. Maka, sekali lagi, pilihlah nama anak anda dengan baik, rancang dan bincang nama yang sesuai.


terdapat pelbagai nama dalam lawan web tetapi haruslah diingat BERTANYA dahulu dengan mereka yang mengetahui supaya nama yang kita hendak letak itu bertepatan maksudnya. Yelah.. kita tidak inginkan sebarang miscommunication terhadap maksud nama itu kan?


ini adalah sedikit buah hati dari I untuk menjadi referring uols dalam menamakan anak-anak anda. 





ha.... amacam da dapat insight view fasal nama anak-anak anda?... kalau da dapat bagus la...lau tak dapat lagi...ask orang2 tua atau meraka yang lebih mengetahui, jangan main letak je..
 
 
 mereka bakal menerangi hidup kita...namakan mereka dengan nama yang baik-baik.
 
 
 
 
till then...
 
 
 
 
 
 
 
 
Muah2!!!



p/s: ni maksud nama i...

Akmal

by Nama Nama Islam on July 15, 2009
Sempurna, sangat pandai

No comments:

Post a Comment