Nuffnang Ads

Wednesday, June 15, 2011

TEAM ANONYMOUS VS TEAM MALAYSIA.

Hai semua...



akhir ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan Cik Anony kan?...bukan cik nony... bukan2..dan bukan juga nyonya ke...bukan-bukan.. Anonymous... kenal tak dorang ni sapa?... mereka adalah insan-insan yang bertanggungjawab dalam menggodam website-website yang mereka rasakan tidak bagus untuk mereka dan terbaru... kerajaan Malaysia telah kena godam.. bahaya tau mereka ini.. dan sebenarnya mereka boleh membuatkan sistem sesebuah negara itu lumpuh dan huru-hara. mereka juga boleh buat macam-macam terhadap sistem negara. ye lah... sekarang kan semuanya menggunakan sistem computer untuk membuat sesuatu dan kita rasakan sistem itu sudah selamat tapi dengan adanya penggodam yang sememangnya terlatih ini...adakah masih selamat sistem yang ada sekarang? adakah kerajaan akan menurut segala tuntutan MR ANONYMOUS? I dengar kata tujuan mereka menyerang Malaysia adalah susulan tindakan pihak Kerajaan Malaysia yang memerintah sekarang menyekat websites yang menyediakan download percuma seperti Pirate Bay dan lain-lain.  Ini jugak mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu akan gunanya download percuma dan masing-masing merasakan tindakan kerajaan tidak berasas (sumber dirahsiakan). 


jadi? adakah blogger sekalian juga berpuashati dengan tindakan Kerajaan kita?.. I tidak berniat untuk menimbulkan apa-apa provokasi tetapi lets face this. Kita perlu berbincang dan I jugak dengar bahawa laman web yang terkenal seperti Facebook juga diperlahankan untuk mengelakkan rakyat Malaysia tidak terlalu taksub dengan website itu. dan kepada Kerajaan jangan lupa... pengguna Facebook bukanlah hanya rakyat Malaysia, pelancong asing yang datang ke Malaysia hanya menggunakan Facebook untuk membuka segala berita dan untuk pengetahuan Facebook sekarang telah boleh menghantar Email dan juga menerima Email. *update please my beloved Gove, okay?






till then...








Muah2!!!

p/s: kita dikurniakan minda untuk berfikir, kan?

No comments:

Post a Comment