Nuffnang Ads

Sunday, July 31, 2011

PUISI RAMADHAN

Puisi RAMADHAN

hari-hari yang mendatang semestinya mempunyai pelbagai keistimewaan kan?
hari-hari yang lepas sudah tentu mengisi kehidupan dengan pelbagai memori kan?

namun,

adakah hari-hari yang lepas akan kita ingati untuk dijadikan pedoman untuk menghadapi dugaan hari yang mendatang?
adakah hari yang mendatang akan mempunyai belas kepada kita?

Ingat!

Doa dan pengharapan perlu dipanjatkan kepada Allah S.W.T
Doa dan pengharapan yang berterusan adalah satu tindakan yang paling baik dalam menghadapi hari-hari yang mendatang,
Doa dan pengharapan tidak bermakna tanpa USAHA yang datang dari dalam diri sendiri,

Maka,

Kembalilah kepada Allah S.W.T dan Al-Quran,
Hidupkanlah Ramadhan dengan kebaikan
Supaya hati bersih suci
dan sambutlah seperti orang terdahulu menyambutnya...

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum WBT




p/s: sesungguhnya aku masih tercari-cari

No comments:

Post a Comment