Nuffnang Ads

Tuesday, August 2, 2011

CERITA 1 AKU DAN MAK CIK CLEANERS

hi semua.....

selamat malam lah lau omputih as in Good Evening la kan...hahaha..

btw... aku ada cerita ni...


okay aku namakan cerita aku eh...

Cerita 1.

okay baiklah... peristiwa ini berlaku masa aku lepas setengah jam berbuka puasa *lama tak aku makan?..hehehe.. masa aku nak naik atas pergi punch card aku jumpa la mak cik2 cleaners ni... ye la..dorang orang Indonesia... okay fine la yang tu...tak kesah la... aku pun menyapa...:

aku: mak cik...da berbuka?

mak cik 1: sudah nak... 

aku : mak cik makan apa hari ni? nasi ke mee ke bihun ke?

mak cik 1: makan nasi campur je.. semalam nak ayam penyet.

mak cik 2: a'ah... nasi campur je... kenyang da la ni... anak?

aku: saya? saya berbuka biasa-biasa jugak, nasi campur jugak.

mak cik-mak cik berlalu pergi untuk pergi membuang sampah sisa makanan.aku pula pergi ke admin untuk punch card. selepas punch card aku keluar dan berjumpa pula dengan sorang lagi mak cik.

aku : da berbuka ke? berbuka apa hari ni?

mak cik 3: biasa lah... nasi campur beli kat belakang. sedap jugak lah...

aku : owh... eh... ni mak cik ni balik pukul 10 malam kan? nanti sampai pukul berapa rumah?

mak cik 3: a'ah... memang pukul 10 la... nanti mak cik sampai rumah dalam pukul 11.45 malam hingga pukul 12.00 tengahmalam.mak cik tunggu bas lama. 

aku: (terkesima) owh... dah tu...mak cik nak datang tempat kerja? pukul berapa?

mak cik 3: itu pulak mak cik keluar pukul 5.30 pagi tunggu bas sampai lepas tu naik bas lah. 

aku: (terkesima buat kali ke dua). 

mak cik 3: ye la..nak buat macamane nak cari duit, jauh ke dekat ke nak hidup kena la cari duit. 

aku: ye la mak cik. 

mak cik 3 pun berlalu menyertai kawan-kawannya yang masih berkerja hingga pukul 10 malam setiap malam. aku hanya mampu tersenyum kerana membalas senyumannya yang seakan-akan dipaksa. dan dalam hati aku... Ya Allah...aku bersyukur kerana aku berada di negara ku sendiri yang kaya dengan pelbagai sumber. Alhamdulillah. 




till then...


Muah2!!!

p/s: Alhamdulillah....

2 comments:

  1. bgus kan???da x sombong dah..hahahahaha

    ReplyDelete
  2. mana penah sumbun....hahaha....mesra per...

    ReplyDelete