Nuffnang Ads

Monday, August 8, 2011

RAMADHAN 8: TART NENAS GULUNG.

Hi semua....

untuk pengetahuan.. kita sekarang dalam bulan Ramadhan.. maka... suri rumahtangga semua mesti akan setidak-tidaknya mencuba satu atau dua jenis kuih raya. Okay... itu sesuatu yang bagus. Sebab apa? kalau kita buat sendiri dan kita pulak bagi orang lain makan... perasaan yang menjelma tu.. sungguh seronok. Ye la... bukan senang kan *walau sesetengah orang kata buat kuih tu senang.. hihu.... 
korang suka makan kuih apa waktu raya?

okay2.. lau aku pulak.. aku paling suka makan kuih KEREPEK PISANG.. tapi tak suka yang bersira.... suka yang masin.... lau sedap... aku boleh makan berbalang.. takyah makan kuih lain..hahaha.. makan tu je da best..hhahahaha...
 ni aku ada sertakan satu resepi yang memang korang akan suka sebab apa? kuih ni memang feymes la waktu Raya... katne rumah.. mesti ada.. konfom!!

kuih apa? TART NENAS GULUNG. * aku tak suka tart nenas lain...hihu...~~~

Bahan-bahan:

250 gram mentega 
2 biji kuning telur
80 gram gula aising
400 gram tepung superfine
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning
Bahan inti:

185 gram gula pasir
1 biji nenas diparut
3 kuntum bunga cengkih
cara membuatnya :

1. pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. masukkan telur da esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung dan uli rata.
4. gunakan acuan untuk tart nenas gulung.
5. letakkan inti *inti jangan terlalu besar
6. kuning telur dipukul dengan sedikit pewarna kuning. Sapukan ke atas tart nenas gulung.
7. bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 30 minit.
8. setelah masak jangan terus ambil, tunggu biar sejuk seketika.

cara membuat inti:

1.Ambil nenas (parutkan) dan toskan airnya.
2. masakkan dengan gula pasir dan bunga cengkih.
3. angkat apabila sudah pekat dan kering.




semua gambar adalah ehsan GOOGLE...


senang je kan? so...selamat mencuba!!


 till then...


Muah2!!!

p/s: takde niat nak mencabar Mat Gebu...huuuuu~~~~

ni acuan tart nenas gulung... try dulu ek baru tahu cmne...okay?

No comments:

Post a Comment