Nuffnang Ads

Saturday, September 17, 2011

AKU TIDAK SEMPURNA!!!

Hi semua...

Maybe ada yang tak tahu nama aku AKMAL. Pendek je kan? takde Muhammad, Mohd ke.. atau nama-nama depan dan belakang yang lain. Tapi itu sudah cukup untuk membawa maksud yang amat berat untuk aku bawakan dalam nama  tersebut. 

Dalam bahasa Arab, AKMAL membawa maksud SEMPURNA. makanya aku perlu lah sempurna....tidak begitu? aku hidup sempurna. Aku ada keluarga yang baik yang sentiasa menyokong aku dalam apa pun yang lakukan. Aku ada ayah yang sungguh aku kagumi, emak yang sememangnya baik hati dan sentiasa berkerja keras untuk kami satu keluarga. Aku ada kakak-kakak yang sungguh baik , abang yang memang baik. Anak-anak saudara yang sungguh comel. Aku ada sepupu-sepupu yang baik, menyokong, toleransi dan lain-lain. Ibu-ibu dan bapa-bapa saudara yang memang sering sahaja ambil tahu fasal aku dan semuanya. 

Aku ada tempat untuk berteduh, aku duit yang diberikan oleh ayah dan mak aku. Aku ada telephone dan pendek kata aku ada semuanya. Aku kelihatan sempurna dari luar.. aku ada mata, aku ada hidung, aku ada telinga, aku ada tangan dan aku tidak cacat dari segi luaran namun... dalaman aku... IANYA CACAT!

Aku ada rakan-rakan, kawan-kawan yang sememangnya memahami akan perilaku aku. Malangnya.. aku HAMPIR SEMPURNA. Aku meronta. Aku celaru. Pemikiran aku hampir hancur. Apa yang harus aku lakukan?  Perlukah aku untuk pergi jauh dari sini dimana dengan harapan untuk ianya hilang, lenyap? Aku HAMPIR SEMPURNA.....


Aku TIDAK SEMPURNA. Sesungguhnya aku tidak sempurna. Tanggungan ini harus aku pikul kerana ianya amat berat. Untuk aku pikul dengan orang lain, ianya amatlah MUSTAHIL kerana ia datang dari dalam diri aku, aku perlu hadapi dan pikulnya sendiri. Maaf... ianya harus aku tanggung dan pikul sendiri.



bye


p/s: ianya sungguh berat,

2 comments:

  1. just be yourself....you are special in your own way....

    ReplyDelete
  2. yes... i will but somehow to be ourselves... is not any easy task... it is just not an easy task...it is just...

    ReplyDelete