Nuffnang Ads

Thursday, September 15, 2011

PESTA KONVO UNISZA

PESTA KONVO KEMBALI LAGI!!!


Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, 15 September 2011: Satu pesta bersempena Majlis Konvokesyen ke-3 akan dilangsung (sedang berlangsung )dari 15 - 18 September 2011. Pelbagai akviti akan diadakan di tapak pesta konvokesyen yang kali ini diadakan di kawasan UNISZA Golf Driving Range. Ini memudahkan lagi orang ramai untuk datang ke tapak Pesta Konvo kerana ia sememangnya bertujuan untuk meramaikan pengelibatan orang ramai untuk datang ke tapak Pesta Konvo UNISZA. 

Pelbagai jenis gerai telah ditubuhkan untuk menarik orang ramai untuk datang ke tapak Pesta Konvo. Tidak seperti Majlis Konvokesyen yang Pertama dan Kedua kerana sebelum ini, tapak konvo diadakan berdekatan dengan pintu masuk depan dan ianya berdepanan dengan Masjid UNISZA sendiri. Ini amat menyulitkan kerana bagi menghormati Masjid UNISZA, pihak universiti membawanya ke bahagian pintu pagar belakang dan diadakan di UNISZA Gold Driving Range. Keputusan untuk mengadakan di situ adalah satu keputusan yang amat disenangi kerana ia tidak menganggu aktiviti masjid. 

Akhir kata, anda semua dijemput hadir ke Tapak Pest Konvokesyen UNISZA yang ke-3 kerana pelbagai acara yang akan diadakan dan terdapat pelbagai gerai yang anda semua boleh kunjungi. Datanglah beramai-ramai dan sama-sama kita memeriahkan PESTA KONVO UNISZA yang KE-3!!!

Sekian, terima kasih.


p/s: ha.... lantak!!!hehehe.. *first time buat ni.. memang tak jadi la kan?

4 comments:

  1. saya tinggal amat berdekatan kusza sejak awal kusza itu ditubuhkan. Dulu majlis konvo dikenali sebagai idul-ilmi (perayaan ilmu). Ada buat karnival jualan, pameran dan persembahan pentas nasyid, hadirin dtg dgn terkawal namun meriah. Tiap2 tahun saya pergi dan enjoy the scene. Pihak masjid pun senang hati, sesuai dgn kusza sbg kolej ugama. Ini bermakna aktiviti idul-ilmi tidak mengganggu aktiviti masjid apabila pengurusan majlis menghormati time solat dan menjaga perjalanan majlis yg teratur.

    Namun sekarang semua itu tinggal sejarah. Saya amat faham, dgn menukar tapak konvo ke belakang, acara2 yg tidak sebulu dgn pihak masjid dgn mudah dijalankan. Faham sangat.....

    Jadi orang muda sekalian, bergembiralah. Dgn majlis konvo ini, keraian graduation akan lebih bermakna dgn sambutan yg lebih grand yg akan menjadi kenangan utk selamanya. Baru la international. Opsss....konvo kat Uni UK takde pulak pesta konvo. Pelik la Uni UK ni.......

    - ahli perumahan gong badak

    ReplyDelete
  2. Ye la anonymous, btw thanks for commenting on my blog.

    Maaf, saya tidak tahu apa keaadan konvo idul-ilmi yang berlangsung dahulu di KUSZA... apa-apa pun, pesta konvo sekarang pada saya adalah lebih baik kerana ia dibawa ke belakang... memamng ada aktiviti-aktiviti yang tidak sebulu dengan masjid seperti hiburan dan lain2... harapnya tidak lah sampai 'terlalu' behibur sehingga lupa akan asal usul.

    hurm.... uni UK takde pesta konvo? pelikkan? mereka hanya adakan party dimana acara itu diorganize oleh mereka sendiri. tidak secara besar-besaran.

    thanks for commenting on my blog.

    ReplyDelete
  3. salam ck akmal,,, saya dah 10 tahun mendiamni kawasan kusza...sejak2 akhir ini, banyak sangat x kena dgn konvo... x semeriah dengan dulu penuh dengan nasyid, majlis2 ilmu, siswa siswi pun sopan dan beradap. tp tahun ni mcm ada x kena la dgn konvo...saya sokong pendapat dgn ahli perumahan gong badak, mmg ada progran x sebulu dgn pihak masjid..kenapa ?? x leh nk berkonsert?? berkaraoke ?? gangguan azan ???? sedih la...

    peneroka Gong Badak

    ReplyDelete
  4. Tima kasih cik anonymous...

    saya nak jawab pun saya tak berapa pandai... nak kata saya suka nasyid.. saya suka la jugak...

    saya pun tak tahu la cik nak jawab macamane... saya kat sini baru 3 tahun... cik lebih lama...

    bukan la tak boleh... boleh kot.. tapi kalau dekat dengan masjid seperti yang tahun lepas.... tak ke agak tidak menghormati... ye la.. tengah2 azan ke baca Quran ke... ada pulak lagu2... lebih sedih yang tu kan... jadi.. lebih baik elakkan daripada meneruskannya.. tak gitu?

    thanks for commenting on by blog.

    ReplyDelete