Nuffnang Ads

Saturday, October 1, 2011

YA ALLAH, KEPADA MU AKU BERGANTUNG HARAP

hi semua...

hari aku memang sumpah takde mood. Aku tak tau sama ada salah aku....atau ada orang 'terambil' bag galas hitam aku. dalamnya ada camera aku. Camera yang aku beli dulu tu. So, sekarang dengan camera, bag tu hilang sekali. Aku nak marah pun ada, sedih pun ada, semua ada. Ye la... camera tu bukan murah kalau nak dibandingkan dengan tahap aku sekarang ni RM700.00 . Mati hidup balik sekarang pun aku tak dapat nak beli lagi.

Okay,. hari last aku bawak bag adalah pada hari RABU. Rabu tu last kelas adalah kelas Dr. Nazri, Research Methodology. Kelas tu adalah kelas yang last aku bawak beg. Lepas pada tu aku tak bawak pun beg. So, untuk hari KHAMIS, JUMAAT aku da tak bawak bag tu. Dan semalam aku nak amik camera. baru aku tersedar yang BAG aku tu da hilang, takde kat bilik. Aku pun cuba cari dalam kereta aku, kereta kawan aku (kot2 ada ke), cuba ingat balik aku bawak ke mana-mana tak... Aku da cuba...

Korang tau tak lumrah manusia ni, kalau susah baru nak cari ALLAH S.W.T. Ye la.. aku sebenarnya telah buat solat hajat semalam *atas nasihat kawan aku. Ye, aku buat. Tetapi aku rasa malu sebab susah baru cari Allah, time senang, lupa terus. LUPA! MANUSIA ni memang macam tu kan, aku tak tuding jari kepada orang lain, aku cakap kat aku sendiri. Namun, mungkin itu adalah hikmah disebalik kehilangan itu, kalau tak hilang, aku takkan sedar lagi bahawa segalannya datang daripada ALLAH. Aku perlu  tabah dan hilangkan segala rasa tidak puashati itu da terus bersabar. SABAR. SABAR. SABAR. Namun aku akan terus mencari bag itu. 


YA ALLAH, aku berdoa kepada Mu agar Engkau tunjukkanlah jalan yang lurus bagi ku untuk menemui Mu pada masa aku nanti. Engkau teguhkanlah iman ku. Engkau makbulkanlah doa ku. Engkau pertemukanlah aku dengan barang aku carikan. Amin.



No comments:

Post a Comment