Nuffnang Ads

Monday, October 10, 2011

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA.

hi semua...

pernah dengar tak pepatah orang Melayu dulu-dulu berbunyi, "Kasih ibu membawa ke syurga"? mesti pernah kan? aku pun pernah takkan korang semua tak pernah dengar. Ye la bukan apa.. kadang-kadang kita terlupa yang kita ni masih ada ibu dan bapa, (parents). 

sebagai contoh tadi, aku bukan nak mengaibkan sesiapa cuma apa yang aku nak cakap adalah semoga tabahlah kepada yang menerima dugaan ini. Aku juga akan ambil iktibar dan pengajaran terhadap apa yang diceritakan oleh kawan aku tadi Ia sememangnya dugaan yang sungguh hebat untuk diterima. 

Ibu adalah insan yang melahirkan kita. Seburuk mana pun ibu/emak, insan ini adalah yang melahirkan, membesarkan, menyusukan kita semua. 

*tapi lau yang minum susu kambing tu aku tak tau la.. hehehe

Cuma kadang-kadang disebabkan perasaan ingin bebas dari keluarga, kita TERLUPA. kita TERLUPA yang kita masih perlukan mereka, tatkala mereka tiada di dunia ini, di saat itu la kita akan teringatkan mereka. Bukan apa, mereka bukan hidup menongkat langit. Yang muda akan tua. Yang sihat akan sakit dan yang hidup akan mati. Sebelum mereka tua, sakit dan mati, HARGAI lah mereka. Hendaknya janganlah kita cuba melukakan hati ibu dan bapa kita. Walau kelihatan air muka gembira namun jauh disudut hati terdapat kebimbangan yang sekelumit meluahkan kerisauan terhadap anak-anaknya yang jauh dan yang dekat di hati. 

peluklah mereka...

Tapi janganlah kebimbangan itu dibalas dengan kerisauan. Balaslah ia dengan kegembiraaan. Gembirakanlah hati-hati mereka. Beruntunglah mereka yang masih mempunyai kedua ibu bapa. Berkasih sayanglah dengan mereka sebelum mereka menutup mata untuk selamanya. Kasihlah la mereka. Kasihlah mereka seperti mana mereka mengasihi kamu ketika kamu masih kecil. Itu yang disarankan oleh ISLAM. Namun, terdapat sekarang, dimana anak-anak sewenang-wenangnya menghantar anak-anak mereka ke Rumah Orang-orang Tua. Itu balasan terhadap mereka yang menjaga sejak dari kecil? Bagaimana hati ibu bapa ingin melihat gembira? Mengasingkan mereka dari sisi anak-anak? Iya, mungkin ada yang berpelakuan seperti anak-anak, jagalah mereka. Jangan asingkan mereka. Jagalah mereka.

jagalah mereka...

Ibu. Harga cukup tinggi. Tiada tandingan dalam dunia ini. Kasih ibu membaca ke syurga. Kasih lah ibu kamu sekalian. Janganlah sesekali kamu menyakiti hatinya dan juga janganlah sesekali menyakiti hari bapa. Mereka adalah insan yang sepatutnya dikasihi. Maafkan lah mereka jikalau mereka menyakiti hati kamu, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka sepanjang membesarkan anak-anaknya.

Ingat, kasih ibu membaca ke syurga. 



bye..



p/s: AMINAH ISHAK adalah ibu ku, dan RAZLAN RAHMAT adalah bapa ku. Alhamdulillah, mereka masih bernafas. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment