Nuffnang Ads

Monday, October 31, 2011

KEPUTUSAN PERTANDINGAN GAMELAN MELAYU PERINGKAT KEBANGSSAN 2011, UNISZA

Hi semua..

Pertandingan GAMELAN Melayu Peringkat Kebangsaan 2011( 29 - 30 Oktober 2011) telah pun berlabuh tirainya...

Kami di pihak UNISZA berasa sungguh berbangga, walaupun hanya dipilih sebagai venue namun, rasa bangga tetap ada di dalam hati. Pelbagai lagi boleh diperbaiki. Namun, apa yang di tunjukkan sekarang adalah cukup memberangsangkan. Aku sebagai salah seorang daripada students UNISZA, berasa sungguh berbangga dan gembiar sekali kerana dapat melihat pertandingan ini. 



Sebanyak 17 kumpulan GAMELAN seluruh tanah air telah mengambil bahagian, mereka adalah,

1. Gamelan SaGa Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
2. Gamelan Sangar Kirana, Universiti Teknologi Petronas, Perak.
3. Gamelan Universiti Pertahanan Nasional, Kuala Lumpur.
4. Gamelan BAYU Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak.
5. Gamelan Sari UiTM, Terengganu.
6. Gamelan Kuala Lumpur.
7. Gamelan GEMA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
8. Gamelan Indera Kayangan, Perlis.
9. Gamelan MASEnidaya, Kuala Lumpur.
10. Gamelan Asuhan Seni 1, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
11. Gamelan Atika Seni, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
12. Gamelan Simfoni Lokananta UiTM, Dungun, Terengganu.
13. Gamelan Citra Nusantara, Universiti Pertahanan Nasional, Kuala Lumpur.
14. Gamelan Universiti Teknologi PETRONAS, Perak.
15. Gamelan Asuhan Seni II, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
16. Gamelan PELITA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
17. Gamelan ConGA, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Ini adalah kesemua yang telah mengambil bahagian. Hebat sungguh persembahan mereka. Aku as usual, suka sungguh dengar muzik gamelan. Tidak ramai anak muda yang melihat gamelan, pelbagai usaha perlu diperkukuh untuk menerapkan inti muzik gamelan ini kepada mereka. Walaupun, muzik ini adalah muzik Istana, namun, ia perlu diperluaskan untuk menarik minat anak muda dengan mengadakan bengkel-bengkel dan lain-lain, kerana jika tidak ada langkah yang drastik diambil, maka ia akan lenyap.

Okay la... sudah la berpuitis tu....tak mau aku jadi macam tu ...hgehehe..

korang mesti nak tau kan siapa para pemenangnya kan? baiklah...pemenangnya adalah..

Pemuzik Terbaik:

Kategori Alat Muzik Gamelan Melayu Tradisional adalah

Pemuzik dari UNISZA - Alat Muzik Bonang.

Kategori Alat Muzik Gamelan Melayu Kontemporari adalah

Pemuzik dari ASWARA - TENGKU UMAR - Alat Muzik Bonang.


Anugerah Khas Juri adalah

Kategori Gamelan Melayu Tradisional - Gamelan SaGa UNISZA

Kategori Gamelan Melayu Kontemporari - Gamelan Asuhan Seni II, Istana Budaya


Kumpulan Terbaik adalah

Kategori Gamelan Melayu Tradisional - Gamelan Asuhan Seni 1, Istana Budaya

Kategori Gamelan Melayu Kontemporari - Gamelan ConGA, UNISZA.

Itu adalah pemenang-pemenang dan hadiahnya adalah amat lumayan dan jumlah keseluruhan hadiah adalah RM 71,000.00


Hebat bukan, namun, liputan media amatlah kurang. Tidak ramai yang hadir bagi memeriahkan aktiviti ini. Aktiviti yang hebat sebegini perlukan sokongan daripada rakyatnya. 

Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan berjumpa lagi!!! 



As-Salam.



p/s: masih terngiang muzik gamelan di telinga aku ni....

2 comments:

  1. yeay..meriah dengan ulasan pengulas sukan kat blakang

    ReplyDelete
  2. memang meriah..kelas!!!...hahahhaa

    ReplyDelete