Nuffnang Ads

Saturday, October 29, 2011

PERTANDINGAN GAMELAN MELAYU 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN.

Hi semua,

sekarang aku berada di Dewan Al-Mukhtafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Gong Badak, Kuala Terengganu.

Pertandingan Gamelan Melayu 2011, Peringkat Kebangsaan ini akan diadakan selama dua hari dari 29 - 30 Oktober 2011. Ia dimulakan dari pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam. 

 
mari kita lihat, siapa yang best..hahha


Walaupun bola sepak Terengganu lawan Selangor tapi itu tidak menghalang untuk orang ramai datang ke UNISZA. Ramai pasukan yang menyertai pertandingan ini. 

Pertandingan ini adalah anjuran Muzium Terengganu. Siapa yang tak pernah tau apa itu muzik gamelan, maka silalah Google... Jangan lah malu-malu untuk mengenali muzik gamelan ini. OK?

Kalau korang dengar sekali muzik gamelan ini, korang akan asyik mendengarnya. Macam aku ...aku suka dengar muzik gamelan.Best tau. Pertandingan ini adalah salah satu cara untuk menaikkan muzik gamelan itu sendiri. 

Untuk dua malam ini, aku akan updatekan fasal GAMELAN sahaja. Maka kalau korang suka muzik gamelan... silalah baca blog aku dan blog kawan aku. kitaorang berdua akan update dari dalam DABS ini. okay?



As-Salam.



p/s: Best kan? tapi malangnya..ada orang pulak nak ulas kat belakang aku ni..!!! pening!!!

2 comments:

  1. da... tapi banyak lagi group akan buat persembahan.

    ReplyDelete