Nuffnang Ads

Monday, October 3, 2011

TIDAK PERCAYAKAN KAWAN???

Hi semua!!!


rasa macam lama je kan ... adoi... mintak-mintak la korang tak bosan dengan apa yang aku tulis. Hari ni aku ditemukan dengan suatu berita yang amat mengejutkan 

*erm!!!...tak kot.. aku rasa aku da tau dengan apa yang disampaikan kepada aku tadi... 

btw..thanks you informing me such information. It does help me a lot. Thanks.

Mari kita cakap fasal kepercayaan. Korang mesti tertanya-tanya dalam konteks apa yang aku hendak cakapkan kan? Okay lar... dalam persahabatan korang mesti ada salah seorang daripada kawan korang yang korang rasakan memang dia lah tempat aku untuk mengadu semua. Semua cerita akan aku ceritak kepada dia. Dan aku mengaku, aku juga ada. Aku ada. Dia adalah seorang kawan yang amat baik namun pelbagai pihak menyalah anggap kebaikkannya. Namun itu tidak menjadi halangan untuk kami berkawan baik. Aku percaya kepadanya.



Ini aku nak bercakap dalam konteks lain pulak, kalau kita berkerja, WAJIBKAH kita mempercayai kawan sekerja kita seperti kita percayakan kawan baik yang memang kita percaya? dengan menceritakan SEMUANYA kepada rakan sekerja tentang diri kita? kawan kita? cara hidup kita? sexual orientation kita? segalanya???.. wajib?.. kita pulak yang akan berdosa kalau kita tidak bagitau rakan sekerja kita? adakah itu yang jalan yang paling baik dalam mengesahkan rakan sekerja kita akan menerima kita kalau kita cakap SEGALANYA tentang diri kita sendiri??..
*maaf kalau aku,. itu bukan caranya.

ada perkara kita perlu bagitau dan ada perkara yang kita simpan sendiri, unless... kita betul2 yakin serta percaya seperti mereka adalah kawan baik kita. 

*seperti aku percayakan kawan baik aku. 
*maaf bukan aku memilih namun kawan yang betul2 paham diri aku hanyalah seorang iaitu AHMAD FAUZAN BIN ABDUL KADIR.

itu nama beliau, beliau memahami aku. Terima kasih aku ucapankan kepada kamu kerana memahami diri aku. Sebab tak ramai yang mampu memahami diri aku. Walau ada yang buat-buat faham, namun aku tau..mereka TIDAK. Tidak memahami diri aku SEPENUHNYA. 

itu sahaja dahulu, maybe ada lagi menysul selepas ini, tapi aku nak buat kerja dulu sekejap...



bye.


p/s: mood: bercelaru.

2 comments:

  1. Kalau boleh,mama cam nak berkenalan aje dengan kawan adik tu..dia mesti hensem kan?hehehe

    ReplyDelete
  2. yang mana mama? Ahmah Fauzan bin Abdul Kadir tu ke?... handsome tpi muka dia jambu sikit... ramai minat.

    ReplyDelete