Nuffnang Ads

Saturday, November 26, 2011

HIKAYAT : IBAM, SI KUCING YANG CERDIK.

Hi semua…

Korang pernah dengar tak satu hikayat ni… Nama hikayat itu adalah “Ibam, Si Kucing yang cerdik”. Mesti korang tak pernah dengar kan? Takpe je… mari aku cerita…okay?

COMELKANKUCINGNI!!!!


Di sebuah bandar, tinggal sebuah keluarga yang agak kaya. Mereka mempunyai segalanya. Segalanya ada di dalam rumah mereka. Abu dan Siti adalah pasangan suami isteri yang sungguh bertuah kerana memiliki segalanya.  Abu dan Siti amat menyayangi haiwan, terutamanya kucing.  Abu dan Siti membela kucing di dalam rumah mereka. Abu dan Siti mempunyai dua orang anak, Rita dan Rina. Rita adalah anak kandung Abu dan Siti, manakala, Rina adalah anak angkat kepada Abu dan Siti. Rina seperti ibu bapa angkatnya amat sayang akan haiwan terutamanya kucing. Rita pula tidak suka akan kucing, namun, Rita hanya berpura-pura menyayangi kucing, kerana ingin dilihat sebagai comel dan manja apabila menyayangi kucing. 

Pada suatu hari, sedang Rina belajar di dalam biliknya sambil ditemani oleh kucingnya Hiro; seekor kucing jantan yang jinak dan manja, Rita masuk ke dalam bilik Rina dengan menghempas pintu Rina. 

Rina terkejut dan bertanya, “Kenapa Rita menghempas pintu itu?” 

Rita menjawab “ Maafkan saya, saya culas”, jawab Rita penuh sopan santun.Rita pandai berpura-pura.

Rita bertanya lagi. “Rina, comellah kucing kamu ni… saya main dengan dia dalam bilik saya boleh?”

Rina menjawab, “Boleh saja, ambillah, lagipun saya tengah study ni… Hiro pun ajak saya main tadi… tapi saya nak study. Kamu mainlah dengan dia”.

Rita senyum kucing sambil memandang Hiro. “Okay!”, Rita menjawab dengan gembira.

Rita pun membawa Hiro ke dalam biliknya dan dia pun terus mengikat Hiro di katil. Rita menyepak-nyepak Hiro. Rita membuka ikatan Hiro dan menendang Hiro hingga terpelanting ke dada dinding. Hiro berbunyi seolah-olah meminta belas kepada Rita, namun, ia tidak dihiraukan oleh Rita. Rita terus menerus menyiksa Hiro. Selepas 30 minit, Rita membawa Hiro kepada Rina sambil bergegas dan menjerit,

“Rina! Rina,,, tengok ni Hiro sakit! Hiro bergaduh dengan kucing lain”.

Rina terkejut dan berkata “Mari sini aku tengok!, Ya Allah, Hiro. Apa yang terjadi dengan kamu ni…”

Rita tersenyum puas melihat Hiro dalam kesakitan, namun ia ditutupi dengan tangisan palsunya.

Petang itu juga, Rina bersama Pak Abu dan Mak Siti pergi ke klinik haiwan dan merawat Hiro. Namun, hidup Hiro tidak panjang, Hiro mati tatkala tiba di klinik. 

Rita memang seorang budak yang kejam. Dia apabila melihat kucing, dia akan terus menyepak kucing dan mendera kucing. Hiro bukanlah kucing yang pertama menjadi mangsa Rita. 

Rina masih dalam kesedihan dan Rina dihadiahkan seekor lagi kucing oleh Pak Abu dan Mak Siti. Seekor kucing Parsi yang bulunya sungguh gebu dan comel. Siti menamakannya Ibam. Ibam seekor kucing yang bijak. Ibam seolah-olah tau akan perangai Rita yang suka menyiksa haiwan kecil seperti kucing. 

Pada suatu hari, Rita ingin meminjam kucing Rina. Namun, selepas kejadian Hiro, Rina tidak mengizinkan sesiapa pun bermain dengan Ibam. Namun, Rita berkeras. Oleh kerana Rita lebih tua daripada Rina, Rina pun mengizinkan Rita mengambil Ibam. Rita pun mengambil Ibam. Tetapi dalam tidak sedar, Rina telah meletakkan kamera kecil pada tag yang berada pada badan Ibam. Oleh atas dasar keselamatan, Rina meletakkan kamera kecil pada tag di badan Ibam. 

Rita membawa masuk Ibam dan cuba menyiksa Ibam. Namun, Ibam cerdik dan dapat melarikan diri dan terus menyorok di bawah katil. Oleh sebab kamera yang diletakkan itu dapat menunjukkan bukti terus ke computer Rina, Rina pun merakamkan terus bukti yang menunjukkan Rita menyiksa kucingnya Ibam. Rita menjolok bawah katil dengan penyapu dan Ibam melarikan diri, namun dapat ditangkap oleh Rita. Ibam mencakar Rita. Rita menjerit dan berkata,

‘Kucing celaka!, mampus kau!”

Rita membaling Ibam ke dinding. Ibam jatuh terkulai.

Namun, segala rakaman suara dan video telah dapat dirakamkan oleh Rina. Rina mendapatkan Pak Abu dan Mak Siti dan menyuruh Rita membuka pintu bilik. Rita mengunci pintu biliknya dan amat terkejut apabila disuruh membuka pintu bilik. Namun, Pak Abu ada kunci pendua. Pak Abu membuka pintu bilik dan alangkah terkejutnya Pak Abu apabila, Ibam telah terkulai di tepi katil. Pak Abu memarahi Rita dan menampar Rita. Rina terus mendapatkan Ibam dan mendapati bahawa Ibam masih bernafas dan Rina membawanya terus ke Klinik sambil di pandu kereta oleh Mak Siti. Selepas di check, Rina mendapati bahawa Ibam dalam keadaan yang selamat. Rina memeluk Ibam.

Rita cuba menafikan perlakuannya dan mengatakan bahawa Ibam cuba mencakarnya. Namun, Pak Abu tidak mempercayainya. 

Rina menunjukkan video yang Rita cuba menyiksa Ibam. Rita menunduk dan menangis sambil berkata “Aku benci kucing!, Aku benci kucing!”.

Pak Abu bertanya, “Tapi, selama ini kan Rita suka kucing? Tapi kenapa sekarang Rita benci kucing?”

Rita menjawab, “Rita suka kucing sebab orang suka tengok Rita pegang kucing dan Rita hanya berpura-pura menyayangi kucing, lagipun semua orang dalam rumah ni suka kucing, Rita pun terpaksa suka kucing!”

Pak Abu, Mak Siti dan Rina tergamam dengan jawapan Rita. 

Namun selepas kejadian itu, Rita berubah dan tidak lagi menyiksa kucing. Hal ini mengembirakan Pak Abu, Mak Siti dan Rina.

Okay tak hikayat tu? Penat aku karang ni tau. Okay la… kalau korang suka haiwan seperti kucing ke, anjing ke, mouse ke, hamster ke, tak kira apa lah… tapi tolonglah jangan berpura-pura sebab kalau berpura-pura, takut nanti apabila orang lain tau yang korang tu hanya berpura-pura… kesemua kepercayaan yang ada akan hancur lebur begitu sahaja. Jadi! Jangan lah berpura-pura menyayangi sesuatu okay? Lau nak sayang, sayang betul2.. jangan mengada-ngada nak menunjuk ke.. nak bawa kehulu-hilir ke.. tak payah!!! Meluat aku!!

SILA MENANGIS TENGOK KUCING COMEL NI!!! WAAA!!!~~~


Disclaimer: Maaf, segala watak dalam hikayat ini adalah tidak kena mengena dengan individu yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. 


Assalamualaikum WBT.


p/s: credit tu Baby, Belle dan opkos aku la.. atas idea ini.

No comments:

Post a Comment