Nuffnang Ads

Friday, November 25, 2011

KENAPA BERKAHWIN HANYA UNTUK BERCERAI??

Hi semua....

apa khabar?..

Ya Allah..selepas hampir beberapa hari aku menunggu dan menunggu.. akhirnya... internet connection aku *which is Celcom Broadband.. agak okay la kali ni... Alhamdulillah... aku masih mampu besabar...hihu~~

okay2... 

aku hari nak update.. fasal...urm....urm..... urm.... apa agaknya? aku ni macam ni.. kadang-kadang banyak sangat benda nak update.. mungkin apabila pengalaman kurang itu lah yang jadinya...hahaha..pening2.... aku rasa ini juga adalah punca ramai blogger sedikit demi sedikit kurang update blog..mereka merasakan bahawa kurang bahan untuk diketengahkan...haha..*pandaila aku kan... 
tadi kawan aku bawakan KEK ulangtahun hari lahir aweks dia... nama kawan aku tu TONY TEY MENG LONG dan aweknya JESSY JIA XIN.. semoga mereka berkekalan hingga kawin dan hingga akhir hayat.. tak silap aku TONY belikan Kek Secret Recipe to Jessy.. dorang da lama da berkawan (berkasih la) da dekat 4 tahun da.. lama kan?.. harap-harap mereka nanti kawin la.... Go Tony!! Go Tony!! 

Haaa!!! ada da.... tajuk entry malam ni.. macamne nak kekalkan hubungan. Aku tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dengan sapa-sapa pun. So, aku tak pandai la nak judge ke apa.. cuma melihatkan kawan-kawan aku yang berkasih, dan kahwin dan da ada anak, terpanggil aku nak menulis fasal hubungan ni. Untuk mengekalkan hubungan bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab? Ia melibatkan permainan emosi dan segalanya. Kadang-kadang duit pun diperlukan dalam sesuatu hubungan. Pernyataan aku boleh disangkal. Tapi mengikut pengalaman kawan-kawan, apabila berada dalam sesuatu hubungan, perhatian perlulah diberikan lebih kepada pasangan masing-masing. Betul tak? itu yang aku boleh nampak la. dan sepanjang pembacaan aku dalam blog, apa yang aku baca, setiap pasangan HARUSLAH memahami pasangan masing-masing, sebab, kalau tak fahami pasangan masing-masing, manakan untuk mendapat hidup yang harmoni? betul tak?... Ambil contoh, artis sekarang, ramai yang berkahwin kan?.. sebab apa..mereka ada persefahaman.. tup tup! ramai jugak yang bercerai.. alasan? Jodoh tak panjang... hebatkan mereka. senang-senang je salahkan takdir.. mungkin aku tak tau, aku hanya bercakap dari pihak yang membaca tabloid dan akhbar serta coretan blog yang ditulis atas dasar bias dan negative serta positive. Tapi manakan pokok bergoyang kalau takde angin. Betul tak? takkan berita datang ke akhbar dengan berjalan kaki? terbang? merangkak? tidak. Ada orang yang mengoyangkan pokok tu.. Tapi apa yang aku cuba sampaikan, cubalah selamatkan sesebuah perhubungan , jawab soalan aku, "KENAPA KAHWIN HANYA UNTUK BERCERAI?" bayangkan ? 

Bayangkan kalau pasangan itu ada anak-anak? macamne dengan anak-anak? secara tidak langsung, emosi anak-anak akan terganggu. Mungkin pada mulanya gangguan itu tak berapa nak nampak... tapi apabila anak-anak masuk sekolah... pelbagai pertanyaan akan ditanya daripada kanak-kanak lain. Itu yang pasti. Tapi apa yang pasti, ibu bapa perlu lah lebih pakar dalam menguasai emosi...jangan biarkan emosi menguasai diri, sebab? kelak akan merana diri. Perceraian akan lebih membawa kepada masalah yang lain. Betul. Mungkin anak-anak akan luar kawalan, terjerumus dalam kancah hitam, buang anak, rempit, samseng dan semuanya. 

Oleh itu, cuba ambil krusus anger management ke, dalam usaha untuk memperbaiki perhubungan, atau pergi ke ustaz2 ke.. dapatkan tips2 untuk memperbaiki rumahtangga dan perhubungan (begitu jugak hubungan berkasih)..  dan kepada yang berkasih-kasih, pakwe-makwe ni... cuba tidak untuk melampaui batasan. Ye la kan... kita tak tau apa yang syaitan cuba lakukan.. kadang-kadang apa yang kita lakukan adalah baik tapi dengan adanya hasutan syaitan.. segalanya bertukar. Kalau boleh cuba jauhkan segalanya dulu... lepas tu..bila da dapat kerja ke.. cuba ikat perhubungan dengan pertunangan. Itu lebih bagus kan?

Mungkin ada yang mencebik sebab aku hanya menulis dari pembacaan dan observation... terpulang.. kadang-kadang apa yang kita lihat boleh dijadikan iktibar dan tauladan..tapi segalanya lebih bermakna apabila kita merasainya.. kan? Wallahualam.



Assalamualaikum WBT.



p/s: tetiba aku tulih macamni.... takut aku!

2 comments: