Nuffnang Ads

Sunday, November 20, 2011

UCAPAN SEMPENA ENTRY KE-600!!!

Hi semua...

ini adalah entry aku yang ke-600.. ya Allah... banyak da aku menulis.. *itu tak masuk yang da delete tuh...hahaha.. suka-suka kan.. tengok2 lama-lama jadi best.. 

aku berjaya!!!! yeya!!!


ada orang ask aku.. BEST KE BERBLOG NI? 

aku jawab.. "ENTAH, aku pun tak tau kat mana yang best sangat.. cuba la ko try.. kot-kot ko dapat jawapan yang aku cari selama ni.."

Itu selalu kan untuk kita ni sebagai blogger (mengaku sendiri, takde sapa pun bagi nama ni kat aku).. hahaha...bersempena post aku yang ke-600 ni.. aku nak buat speech sikit boleh?

Assalamualaikum semua, apa khabar semuanya. Aku ucapakan selamat segalanya. Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang selalu memberikan aku kesihatan untuk menulis. Alhamdulillah. Segala idea ini memang datang daripada-Nya. Keduanya, aku nak berterima kasih kepada ibu bapa aku, yang mana membesarkan aku dan membayar bil CELCOM Broadband aku. Ketiganya, aku nak ucapkan terima kasih kepada followers aku dan readers aku (perasan tak aku?)... lantak.. Keempatnya, aku nak ucapakan teirma kasih kepada semua kerana memberi aku tunjuk ajar, Encik BEN, Yuyu, Lulu, Ayuni, dan lain-lain (secara direct ataupun tidak).. terima kasih banyak-banyak.

Sepanjang aku menceburkan diri dalam dunia blog ini, ada banyak kelebihan yang aku dapat. Ilmu yang melimpah ruah seolah-olah tiada pengakhirnya. Cuma kita perlu cari ilmu yang sesuai dengan diri kita kan? jangan kita dok main amik je.. baca je semua tapi lupa kita nak baca untuk persediaan akhirat kan? Bersamalah kita muhasabah diri. Namun , dalam banyak-banyak ilmu yang aku dapat, aku suka jugak baca pelbagai entry yang dikarang dan dipost oleh blogger lain. Sungguh bermakna dan seolah-olah mereka menceritakan kepada kita bahawa kita adalah rakan baik mereka. Mereka mahu kita baca kisah hidup mereka dan pada aku.. itu adalah yang terbaik. Sekarang, ramai manusia (orang) yang menggunakan blog sebagai medium untuk pelbagai tujuan. Aku pun kadang-kadang ter'carried out' dengan apa yang dalam hati aku. Cuma, kadang-kadang manusia lain mungkin lebih mempunyai objektif mereka sendiri, Itu aku tak boleh nak sentuh la. Sebab, mungkin orang lain baca entry aku mempunyai perasaan yang berbeza. Itu aku tak boleh nak cakap apa-apa, tapi ada orang lain yang menggunakan blog dan lain-lain social network sebagai medium untuk menjatuhkan orang lain. Macam blogger-blogger lain. Yang buat gambar yang pelik-pelik la... Cik Siti Wazurra tu kan... bahaya tu, boleh menjatuhkan maruah orang lain. Nak-nak kalau main agama pulak, Biarpun aku ni tak la tawaduq (masih menuju ke arah itu) sangat, tapi aku masih tau halal haramnya. Dan aku memang ingin berubah cuma masa akan menentutkan ia. (wah..macam lagi pulak).

Apa-apa pun, speech ini aku akhiri dengan wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum wbt.





p/s: aku masih lagi berblog ok..hahahah...

2 comments: