Nuffnang Ads

Thursday, December 22, 2011

BAKAL DATUK DAN DATIN??

Hi semua....

apa khabar?? hari ini adalah hari yang terakhir untuk kelas *BACHELOR OF ENGLISH SEMESTER 7.. aku dan kawan-kawan la tu...

LEGA??? Tak hade maknanya.. takde istilah LEGA dalam hidup kami BEN 7 ni... walaupun lepas kelas pun.. masih lagi banyak kerja yang perlu disudahkan... campur2.. adalah dalam 60ribu lagi kerja yang perlu disiapkan... *nampak sangat menipunya kan? hahahaha... 

okay... tadi aku ada je baca satu artikel sal bagi-bagi Darjat Kebesaran Datuk. Tahniah kepada yang dapat. Aku takde la nak komen sal institusi Beraja Pahang kan. *nak aku mampus ke? hihu~~ 

My daddy and my mummy... hihu~~



tapi Ayah aku dah lebih 30 tahun jadi Ketua Kampung, memberi jasa kepada kampung dan segala.. ayah aku jugak la orang kuat UMNO, ayah aku jugak pernah di hentam oleh orang ramai, dikatakan menyalahgunakan kuasa.. Tapi apa yang ayah aku dapat? Datuk? Mungkin ayah aku tak mahu such pangkat...tapi aku sebagai anaknya merasakan itu adalah Anugerah dalam Dunia yang patut diserahkan kepada ayah aku. Segala pahit manis kehidupan yang ayah dan mak aku lalui memang tak sama dengan orang lain. Namun, segala rintangan yang dilalui, pahit ranjau, kutukan orang ramai, orang bermuka-muka.. memang ayah aku dah lalui. Cuma, ayah aku ni sebenarnya seorang yang amat penyabar. Memang sabar tahap gaban. 

Aku memang respect dia. Tapi apalah sangat anugerah dunia kan? kalau hendak dibandingakan dengan kejayaan di Akhirat. Kan? Bonus untuk mendapat anugerah Datuk di dunia ni. Sebab kalau di Padang Masyar, segalanya adalah sama. Semuanya bergantung kepada Iman dan Amal masing-masing.

BTW, nama ayah aku adalah RAZLAN BIN RAHMAT, seorang penduduk tetap Kampung Jenud. Berkahwin kepada Aminah Binti Ishak. Mereka adalah insan yang amat aku sayangi. Anak-anak mereka adalah Safwan Razlan (sudah tiada), Ilyana Razlan, Nor Irefah Razlan, Saufi Razlan dan Akmal Razlan (aku lah tu). Kami amat berbangga menjadi anak BONDA DAN AYAHANDA. Terima kasih kerana membesarkan kami. Alhamdulillah. 


Assalamualaikum WBT.



p/s : erm... nak study ke nak buat kerja academik? hihu~

No comments:

Post a Comment