Nuffnang Ads

MY BELOVED FOLLOWERS

Wednesday, December 7, 2011

HAIWAN PELIHARAAN KU.. KUDA LAUT!!..

Hi korang semua...

Kuda laut

kuda laut...comel juga binatang ni.

untuk entry ini....aku nak cerita fasal satu binatang ni.. binatang ni pelik dan lau tengok sekali...macam naga pun ada... korang mesti nak tau profile binatang ni kan?... okay baiklah.. binatang ini bernama.. Kuda Laut atau dalam bahasa Inggerisnya... Sea Horse...lau aku tengok la..nama saintifik binatang ini adalah Hippocampus yang tergolong dalam famili Syngnathidae. *terbelit lidah aku nak sebut.. adoiyai.. dalam dunia ni.. ada 34 jenis kuda laut.. dan 7 /34 tu ada kat perairan laut Malaysia. Salah satu daripada jenis kuda laut ini dipanggil dengan nama Hippocampus Kuda yang dalam keadaan terancam. Hippocampus mempunyai populasi yang tinggi di Malaysia dan ia terdapat di Kuala Sungai Pulai yang berhampiran dengan Selat Tebrau di Johor. 

Kalau korang nak tau.. kuda laut ni adalah sejenis binatang yang suka berpaut pada dahan yang rapuh!! takde la.. dia suka berpaut pada rumpai laut. Ia boleh hidup selama 5 tahun dan membesar sehingga 15 cm. 

Satu kehebatan kuda laut ini adalah, ia boleh bertukar jantina. Meaning, ia boleh memilih jantina yang dia suka. Ha.. jangan la korang nak apply dalam hidup manusia sekarang ni. Takhade maknanya, okay!!!?

Universiti Malaysia Terengganu telah mengkaji kuda laut ini kerana mereka percayai bahawa terdapat  beberapa potensi kuda laut yang boleh digunakan. Ia dipercayai mempunyai enzimyang boleh membantu merawat kanser, ketumbuhan, mati pucuk, pembekuan darah, penyahtoksik buah pinggang, asma, rawatan kulit, antipenuaan, sebatian anti-fatigue(anti kelesuan), sistem hormon ketahanan badan serta sistem saraf. 

Sebenarnya, maklumat ini aku amik dalam surat kahabar je, Utusan MAlaysia, Jumaat 8 Januari 2010 *agak2nya mesti research ni da siap kan... hihu~~



Assalamualaikum WBT.


p/s: maaf, kuda laut tidak boleh ditunggang seperti kuda yang duduk atas darat tuh...

2 comments:

  1. maybe kita boleh cadangkan pada ayie untuk unisza beli kuda jenis ni pulak...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Kuda laut ikon bandaraya ku Miri ...^_^

    ReplyDelete