Nuffnang Ads

Wednesday, December 7, 2011

KAWAN ITU PENTING!!! JADI, BERKAWANLAH!

Hi semua...

entry kali ni serius sikit buleh tak?  hahahah...

kawan kan? comel je panda2 ni..hahahah

baiklah.. dalam hidup kita ni memang perlu kan kawan.. kadang-kadang kawan ni lah yang membantu kita.. kadang-kadang kawan ini lah yang menyedarkan kita kan? itu la peranan kawan... namun.. dalam banyak pisang yang elok dalam setandan tu.. ada jugak yang buruk kan? begitu jugaklah kawan. ada jugak kawan yang agak tidak baik sebab apa? kat sini cakap lain, kat sana cakap lain dalam erti kata lain suka bermuka-muka. Itu adalah yang paling bahaya dan sungguh menakutkan...

itu generalnya la... tapi cuba anda bayangkan... dalam sesuatu tempoh kita berkawan tu kan.. ada tak macam kita berselisih faham ke dengan kawan kita...? ada tak? kalau ada bagus! perselisihan faham hanya akan membawa kita kepada kesefahaman. Sebab apa? eventually kita akan faham diri kita dan kita akan faham siapa rakan kita tu. Betul tak semua? 

Dalam setiap kehidupan memang tidak akan lari dengan konflik kawan ni. Memang ada. Kalau tak percaya  cuba tanya kawan-kawan anda yang lain. Apa yang mereka cuba sampaikan? nak lagi bagus amalkan muhasabah diri dengan kawan-kawan anda, dan lagi satu, kalau diorang cakap something buruk or perangai yang buruk tentang diri kita janganlah kita mudah melenting sebab itu akan terus menerus menunjukkan kita ni tak boleh ditegur. Okay? 

Lagi satu... ini memang berdasarkan pengalaman aku masa aku sekolah menengah dulu. sebaik mana pun kita dengan kawan kita, janganlah kita dedahkan perkara-perkara yang mampu untuk memusnahkan kita. Sebab apa? let say, maybe one day our best friend turn out to be angry with us ke.. lepas tu dia cakap benda dan dedahkan benda yang tak elok ke.. *it happened to me once..hihu~~  jangan okay? jangan dedahkan... 

aku pun sekarang selalu je muhasabah diri.. sebab apa? mungkin perilaku aku tak elok ke apa ke.. itu aku tak tau la.. sepanjang aku kenal diri aku ni.. alhamdulillah.. aku ni masih waras dan elok..cuma mungkin kita tak tau apa pandangan orang lain terhadap diri aku kan... tapi apa2 pun... aku akan selalu cuba memperbaiki diri... adoiyai.. mungkin ada yang cakap.. omong kosong.. apa pun takde.. mungkin tak nampak sekarang.. namun.. lambat laun.. perubahan itu akan kelihatan.. cuma bukan sekarang.



Assalamualaikum WBT.


p/s: perut lapar larr.. nak makan meggi la nanti.

5 comments:

  1. benar ..aku sokong entri ini ...

    ReplyDelete
  2. delhomme: thanks..lau nak share pun takpe..backlink je ..hahaha

    ReplyDelete
  3. lebih kureng jer kita punyer inti pati kan..

    http://zusuliyaini.blogspot.com/2011/12/wordless-wednesday-2-tak-jadi.html

    ReplyDelete