Nuffnang Ads

Thursday, December 1, 2011

LELAKI MAIN NETBALL? APA SALAHNYA KAN?

Hi masing-masing... hahahha...

adoiyai... sengal je ayat permulaan aku kan?... ada ke hi masing-masing pulak kan... hahahaha...

okay baiklah.. hari ni aku main badminton dengan kawan-kawan.. sedar tak sedar.. hari ni da 1 Disember 2011... bulan yang terakhir dalam calendar Inggeris..kan?  dan da Awal Muharam dalam bulan Islam. Lepas tu aku ni sekarang berada dalam satu stage yang amat risau.. sumpah aku tak tau kenapa.. sebab memang aku tak tau kenapa... memang!!! aku tak tau kenapa...  Biar laa dulu benda risau tuh.... 

aku ada sesuatu yang aku nak cerita ni... Lepas kitaorang main badminton, kitaorang berlatih main BOLA JARING. Hihu~~~ korang mesti pelikkan kenapa LELAKI main BOLA JARING or dalam bahasa Inggerisnya NETBALL. Kan? Ok, kalau korang ada syak wasangka.. mari aku beri satu cerita untuk difikirkan.. boleh?
Sukan badminton? Semua boleh main kan? Squash? Semua orang main kan? Rowing? Bola sepak? Bola Keranjang? Pool? Swimming? Takraw? Ping Pong? Catur? almost semua sukan, lelaki dan perempuan ada main kan? jadi? kenapa tidak boleh lelaki main bola jaring... lagipun bukan salah pun kan? tapi disebabkan pandangan negative bahawasanya NETBALL adalah SUKAN UNTUK PEREMPUAN... susahkan nak ubah pandangan orang kan? 

tapi nak buat macamne kan!!! aku dengan kawan-kawan memang nak main pun!!! hahaha.siap berlatih lagi..dan ada coach lagi ok!!! siapa coach kami? WAN MAZRINA BINTI WAN MANSOR!!!...hahaha.dia hebat main ni.. memang lepas ni lau dia keluar UNISZA ni.. pasti!! PASTI dia akan diambil oleh UNISZA untuk dijadikan COACH!!! FOR SURE!! hebatkan dia.. dapat kerja terus!! SUKA2!!....hihu~~~

okay la.. aku nak bersiap ni nak pergi MEETING Faculty... 
Assalamualaikum WBT.


p/s: kenyang perut makan nasi!!!...hahaha

2 comments: