Nuffnang Ads

Saturday, January 21, 2012

AKU DAH SAMPAI KAMPUNG JENUD YANG KUSAYANGI!!!

Hi semua...

apa khabar? Letih kemain aku drive semalam.. pergh... memang letih.. aku bertolak semalam dari Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi.. dan sampai di rumah pada pukul 5.30 petang. Lambat sebab aku terperangkap dalam jam sepanjang jalan di Kuantan *sungai Ular.. aku tak tau kenapa kat situ.. selalunya takde pepe pun.. tetiba lak semalam. Lepas tu... jalan kat Bentong pulak.. lama gak aku dalam jam tu... lebih kurang 30 minit gak la.. adoiyai. memang letih.. sesampai je aku kat rumah... aku makan dan tak sempat mandi-mandi pun. aku terus tidur. Alhamdulillah, aku sampai dengan selamat. Hihu~~

Hari ni, birthday anak sedara aku, Khairin Nadia dan esok la besday mak aku. Sok la besday kawan aku masa kat Skool dulu, Azizi... well.. tiap-tiap tahun kan setiap orang akan menyambut ulangtahun kelahiran. Aku dengan kembar aku akan sambut pulak pada 22 August. Hihu~~ macamtu la..~~

Cuti kali ni agak sekejap berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Dan cuti tahun ni, aku agak sibuk sebab semester depan nak menyiapkan thesis pulak, nak grad kenalah buat, lepas tu aku balik pun awal jugak ke U.. sebab nak amik MUET. *nak beli buku la.. hihu~~ I just want to perform well in my MUET test...

Btw, aku balik semalam kan, hari ni aku dah kemas bilik dan rumah.. perghh. memang berhabuk.. tapi nak buat macamne... tetap kena kemaskan..  cuaca kat kampung aku ni agak panas la.. memang panas, macam da duduk kat Langkawi da.. *baru balik daripada Langkawi.. hihu~~ tapi seriously.. memang panas, aku sejukkan badan guna kipas sekarang ni... *memang panas

Anak sedara aku da keluar dari IJN da... sekarang ada kat rumah aku.. Nadim, ingat lagi tak? yang sakit tu... ingat kan? dia da keluar la... kurus sikit sebab sakit. Nak buat cmne kan? hihu~~

Weh.. aku nak mandi ni.. nanti aku update lagi.. kali ni aku nak update sal kampung aku,. KAMPUNG JENUD.. biar semua orang tau, potensi kampung aku... hihu~


Assalamualaikum WBT


p/s: ayah aku masih lagi ketua kampung jenud. hahaha
p/s: no pictures... susah sikit.. lambat..hehehe

No comments:

Post a Comment