Nuffnang Ads

Tuesday, January 10, 2012

BEN ASHAARI : PESAN DIA , IBUKU, AMINAH BINTI ISHAK

Hi semua...

ni aku ada masuk segment dari Encek Ben Ashaari. Bagus.. aku suka segment lau berkaitan dengan keluarga... memang aku suka. takyah tanya sebab..

ni dia punya requirement...hihu~~

Encek BEN...
  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk , BEN ASHAARI : PESAN DIA , IBUKU .. dan linkkan ke entri ini .
  3. Korang perlu ingat kembali apakah pesanan terakhir ibu korang samada tadi ( sebelum tidur ) atau sebelum korang balik ke kolej/asrama mahupun sebelum dia pergi selama-lamanya .. Ceritakan kembali dalam bentuk kreativiti korang dan kalau perlu letak gambar , letak .. Pesanan ini akan kita kongsi bersama rakan-rakan pembaca kita dan mengambil ikhtibar dengannya.
  4. Siap ? Korang perlu tinggalkan link lengkap ( url entri )  di SANTAI BEN ASHAARI
Baik.. ini cerita aku.

Alhamdulillah, mak *aku prefer mak daripada ibu.. sebab aku panggil mak aku mak.. sebelum apa2.. biar aku cerita sikit latar belakang mak aku. Nama mak aku adalah Aminah binti Ishak, berasal dari Kampung Jenud, dan lahir pada tanggal 22/01/1955, so, mak aku sekarang umurnya 57 tahun. Mak aku seorang yang penyabar dan bermacam-macam dugaan mak dan ayah aku telah tempuhi dalam dunia ini. Sebelum tu, biar aku ingatkan, entry ni bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk menagih simpati. Maaf.

Aminah binti Ishak, mempunyai hanya 1 seorang adik, iaitu Jemilah binti Ishak, ayah mereka meninggal dunia semasa mereka masih kecil dan ibu mereka meninggal aku dan abang aku berusia beberapa bulan. Alhamdulillah mereka masih teguh. Mak aku, Aminah Ishak berkahwin dengan ayah aku, Razlan bin Rahmat. Alhamdulillah, perkahwinan mereka masih teguh sehingga sekarang.

Beberapa hari lepas, aku berasa sungguh tak selesa, semasa bermain badminton bersama rakan-rakan. Aku berhenti bermain dan ambil telefon aku dan terus aku call parents aku. Mula-mula mereka tidak angkat, mungkin tengah makan *hati kecil aku berkata. aku pun telefon kakak aku yang masih berada di IJN, menemani anaknya Khairil Nadim kerana sakit TGA nya, Transposition of Great Arteries. Alhamdulillah, Nadim is recovering. Selepas bercakap sebentar dengan kakak aku, telefon aku berdering, aku angkat dan tertera di skrin "Mai Mummy". Aku angkat dan bercakap dengan mak aku, ayah aku. Lega dapat dengar suara mereka yang sering kali berpesan untuk menjadi insan yang berguna. Namun, hanya aku yang tidak mahu mengikut kata-kata mereka. Kadang-kadang, aku juga menipu mereka dengan berkata aku sudah makan tetapi aku belum makan lagi. Kadang-kadang aku juga menipu kerana kadang-kadang aku kekurangan wang, apabila ditanya, 'masih ada lagi duitnya' itu jawapan aku. Aku tak tau nak cakap apa kadang-kadang. Aku juga sering menipu kerana aku tak mahu mereka bimbang akan keadaan diri aku.
ayah dan mak aku...
Tapi, kadang-kadang aku juga lupa yang mereka masih ada sebab mereka sentiasa ada dalam hati aku. Selepas bercakap dengan mak dan ayah aku, aku rasa gembira dan alive again, bukan main-main. Untuk mendengar suara mereka adalah sesuatu yang amat menggembirakan aku. Alhamdulillah.

Semalam, mak aku call aku lagi. Aku jawab tetapi masa tu aku nak mendirikan solat maghrib. aku cakap kat mak aku, 'mak, adik nak semayang ni jap, mak tepon jap lagi lah'... mak aku jawab dalam nada yang tergesa-gesa, 'ha.. ok,, tapi adik, jangan lupa semayang elok-elok dan baca Al-Quran banyak-banyak, nanti jadi orang yang berguna'. Nak menangis pun ada bila dengar macamtu. Sumpah! sebelum tu, mak aku ada tanya "da makan ke?", aku menipu lagi dengan berkata "da, makan nasi dengan ayam goreng", padahal aku hanya makan roti. Tak berniat nak menipu cuma aku tak mahu dia risau. Adakah itu satu dosa? aku rasa tidak.

Alhamdulillah, mak aku masih bernafas dan aku tak tau sampai bila dia akan bernafas TAPI yang pasti aku amat menyayangi mak dan ayah aku. Mereka tiada gantinya dalam hidup aku. Aku ingin balas jasa mereka. Membesarkan aku. Aku ingin bekerja dan memberi mereka duit supaya mereka dapat menjadi seperti mak dan ayah orang lain yang anak-anak mereka memberi duit kepada mak ayah mereka. Bukan niat untuk membayar jasa cuma sekadar ingin memberi kesenangan. Kalau nak balas jasa membesarkan aku, memang TAK TERBALAS.

Aku rasa, setakat itu dulu untuk kali ini, untuk segment ini. 


Assalamualaikum WBT.


p/s: maafkan adik, mak dan ayah.

14 comments:

  1. Arra Ahmad : terima kasih, bersama-sama la kita berusaha untuk menyenangkan mereka.

    ReplyDelete
  2. tersentuh bila baca 'ha.. ok,, tapi adik, jangan lupa semayang elok-elok dan baca Al-Quran banyak-banyak, nanti jadi orang yang berguna'..

    ReplyDelete
  3. bgus entri ko ni..
    terharu bace...
    =.=

    ReplyDelete
  4. itu namanya kasih seorang ibu. :)

    love our mom <3

    ReplyDelete
  5. mak ca mmg amek berat pasal makan.huhu..sbb anaknye ni ha selalu sakit...

    ReplyDelete
  6. dyabunga: terima kasih sebab baca..

    ReplyDelete
  7. Ezad Amir : terima kasih sebab baca... sekadar untuk berkongsi..

    ReplyDelete
  8. i'm fateeha : terima kasih sebab baca entry ni... sekadar untuk berkongsi...

    ReplyDelete
  9. Ca Cik Duyung : duyung? duk kat pulau duyong ke? takde la tipu je.. terima kasih sebab baca..

    ReplyDelete
  10. BEN ASHAARI : terima kasih sebab buat segment ni...

    ReplyDelete