Nuffnang Ads

Sunday, January 8, 2012

PERMAINAN TRADISIONAL KAMI MAIN DULU2!!

Hi semua...

wahahahha... keletihan melanda.. aku sememangnya tak larat da... adoiyai.... habis gas... Ini la istilah habis gas ni.. memang tak larat nak buat pepe.. kwang3... aku nak duk je kat bilik kot.. layan cerita... kot la...

hurm... tadi aku pergi kedai alatan sukan.. dengan tak semena-mena.. aku nampak bola getah yang aku dan kawan-kawan dulu selalu main untuk main 'round-us'.. cuba korang sebut.. bunyinya aku rasa macamtu.. dia macam main baseball jugak.. cuma masa tu aku tak tau apa istilan baseball tu... tatkala aku melihat bola tu.. teringat masa lampau... hahaha.. banyak sebenarnya perkara yang boleh kita ingat kepada masa lampau... jom... nak dengar cerita aku untuk masa2 lampau? topik untuk pertama kali ini adalah SUKAN

'Round-Us' aka Baseball

saje je letak gmabar ni..hihu
okay.. first2.. korang jangan mengada-ngada nak tanya aku apa itu 'round-us' sebab memang aku pun tak tau dari man term itu dikeluarkan.. dari mana kami dapat pun aku tak tau... hahaha... tapi permainan tersebut adalah macam baseball sekarang ni.... "baling (pitch), pukul (pemegang kayu pemukul), kena, lepas tu lari keliling (adalah station dia), lepas tu lau dapat seround kira homerun la.. hahaha" bijak tak kami masa tu... sebenarnya kami tak tau pun.. main je.. itu je yang ada masa tu... so, main je la... hahahaha... seronok juga main masa tu...  lepas tu kita orang main tiap-tiap petang lak tu.. kat padang sekolah.. sekolah apa? haa.. ni nak bagi tau!! SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA ATOK, SEGA 2, 27660, RAUB PAHANG. ha.. amik.. sekali dengan alamat sekali... hahahaha... kelas tak aku.. kwang2!!  btw... memang best la.. masa dulu2 kan.. hahaha... masa budak2.. hihu~~

Zero-Point aka Tali Getah

okay.. yang ni pun best jugak.... aku pun main jugak walaupun permainan ini sering dikaitkan dengan budak-budak perempuan. Ye la.. main lompat2 kan... helloo.. aku pun lompat jugak.. siap aku yang buat tali tu tau.. haaaa... ye la.. masa dulu tak pepe pun yang ada.. getah pun getah la.. janji ok.. hahahah... ha... dalam permainan kuno ini.. *wahahaha.. kuno la sangat kan... heehe.. dalam permainan ini.. getah diperlukan *ala..getah bulat tu.. untuk ikat sayuran tu kan.. lepas tu.. pemain-pemain akan dibahagikan la kepada 2 kumpulan ke, tak kira la macamne.. banyak la stages yang perlu diikut dalam permainan... best.. malas la nak terangkan secara panjang... nanti takut korang malas nak baca.. hehehe...

Ting-ting

buruk? pedulik aku!! hahaha




Ini adalah permainan kuno/tradisional yang ketiga untuk entry ni.. cukup la kan.. nak banyak-banyak buat apa kan? haaha.. okay... permainan ini adalah permainan secara individual... selalunya untuk bermain permainan ini, kita akan lukis macam bentuk kapal terbang tu... so, nanti aku tunjuk kami lukis macamne.. lepas tu... ada la 'buah' yang kami gunakan untuk menandakan giliran kami la.. macamtu je la.. hehehe... untuk bemain permainan ini.. selalunya kami akan main diatas permukaan simen yang cantik sikit.. maksudnya.. takde la yang macam kasar2 tu.. *lau kasar tu, sakit kaki tau.. lompat2 la.. perrrghh!!! naya.. hahaha


ha.. itu je la yang aku boleh bingkiskan untuk entry kali ni... ehh!!! ada moral gak tau entry aku ni!!

moral: Jangan lupa asal-usul kita dari mana.. sejauh mana kita melangkah, seluas mana laut yang direntas, setinggi mana gunung yang didaki.. JANGAN SESEKALI LUPA ASAL USUL KITA!!! sebab.. dari situ la kita bermula. okay?


Assalamualaikum WBT.


p/s: makin seronok pulak berblog ni!!! hihu~~

No comments:

Post a Comment