Nuffnang Ads

Thursday, January 19, 2012

SEDIKIT MENENGAI PULAI LANGKAWI

Hi semua...


Pagi tadi.. kitaorang BEN 7 *sebahagian daripada kami la..yang pergi... baru je sampai *pukul 4 pagi tadi dari Pulau Langkawi.. Letih+Best+Seronok+Kelam Kabut = Suka sangat2!!! ni kali ketiga aku pergi ke Pulau Langkawi.. dan kali PERTAMA pergi ke Pulau Langkawi dengan my dearest friendss!!! They are the best!! aku teramat-lampau-paling suka all the moments we were together in Pulau Langkawi...

Dan kami menginap di sebuah Resort di Pantai Chenang... btw, resort tu mempunyai bilik yang ok lar.. best pun best.. takde la macam sesak sangat.. dan yang paling best!!! ia menghadap pantai.. ada banyak lagi resort lain yang menghadap pantai... korang boleh pilih je sebenarnya.. okay?

Kat Pantai Chenang adalah seperti Phuket di Thailand, di mana, di situ lah pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan dan disitu jugalah pelbagai jenis Pelancong boleh kita tengok.. and WE SAW MANY!! hihu~~ from all the parts of this small world. Btw, the pengalaman yang kami kutip sepanjang tiga hari kami disitu adalah pengalaman yang cukup bermakna dan mempunyai pelbagai kenangan pahit manisnya. Seronok. Sangat seronok pergi dengan kawan-kawan dan aku rasa.. VAN yang aku,belle,pz, tony, anas, ayie, wan mazrina, aisyah, bob, pok you, pok lang, amirul dan pemandu Izzat adalah van yang paling vogue serta kecoh di atas muka bumi ini. Aku rasa memang betul. tapi pepe pun.. all the moments tu memang best!! segunung mat chincang kami semua ucapkan kepada Nazirah Fathil kerana berjaya menganjurkan aktiviti sedemikian rupa!!! aku serta kawan-kawan lain mengucapkan terima kasih.





Antara pengalaman yang memang aku tak boleh nak lupakan adalah apabila kami naik Cable Car. Ya Allah ya tuhanku!! memang sangat menakutkan. aku seram sejuk. aku da la gayat!!!  tapi gagahkan jugak hati ni.. walaupun takut tetap aku gagahkan sebab nak conquer ketakutan itu, kegayatan itu.. memang kena naik jugak...and memang aku berniat nak naik pun Cable car tu.. tapi kan masa kat situ. keadaannya agak panas dan berangin agak kuat. Nasib baik tak berhenti si cable car tu.. lau tak.. menangis da aku... hihu~~ hahahaha...seram woooo~~ btw Tiket untuk naik bagi yang ada MyKad bayarannya adalah RM15 dan untuk kanak yang ada MyKad adalah RM10... best sangat... so, kalau korang pergi ke Langkawi.. korang naiklah Cable Car.. memang seronok yang amat sangat!!! seyes!!!

So, memang berbaloi kalau pergi ke Langkawi.. lagipun... buat apa pergi ke luar negara. jauh, kena tukar currency.. melanconglah dalam Malaysia... apa kurangnya kan? ada pantai cantik, gunung tertinggi di Asia Tenggara dan banyak lagi. ok? Sayangilah warisan Malaysia.


Assalamualaikum WBT


p/s: masih mengantuk!!

No comments:

Post a Comment