Nuffnang Ads

Monday, January 9, 2012

TRANSFORMATION ADALAH SATU KESALAHAN?

Hi semua....

apa khabar? mesti semua baik kan? *taip dalam BM balik... nanti2 aku guna BI pulak okay?

okay... tadi aku baru je baca sal comment seseorang yang baik bercakap fasal English. Dia cakap, "memang ramai students yang tak suka bahasa Inggeris.. dan kita kena cari teaching method yang membolehkan students to LOVE the English language".. as soon as I saw this sentence, aku dapat idea untuk post dalam blog.

hitam putih warna kehidupan..

aku sebenarnya baru je kenal seseorang ni. Dia baik. Alhamdulillah... tadi baru je jumpa. Dia seorang yang gigih dan bagus sebab dia sentiasa communicate dengan studentsnya. Walaupun dia tak mengajar aku, to know this person is already a bless. Alhamdulillah. Setahu aku, dia mempunyai way of teaching yang berbeza dengan others yang aku pernah kenal. *I wish she could be my lecturer but hey... maybe in another life kan? yes.. in another life...

so, kalau amik gist daripada apa yang tulis kat atas tu.. mesti la bercakap fasal PERUBAHAN, TRANSFORMATION kan? okay... kalau cakap PERUBAHAN/TRANSFORMATION ni. membuatnya memang la amat susah.. dan orang sekeliling nak menerimanya LAGI LA PAYAH serta SUSAH. Sebab apa? mereka merasakan perubahan yang kita lakukan adalah bersifat sementara, nak menolong dalam proses perubahan tu? haram.. mengainaya lagi ada. Nak tengok kita jatuh, terjelepok serta masuk dalam longkang, basah kena air longkang yang busuk.. nak tolong? lagi la.. kirim salam *itu kalau ye nak bercakap.

Jujur aku cakap, Aku dan kawan aku memang hendak berubah ke arah yang lebih baik. Kami sering berharap proses perubahan ini akan berkekalan sampai bila-InsyaAllah, sampai kami mati... tapi bila sesetengah orang dengar macamtu.. seolah-olah mereka mencebik dan cuba untuk menidakkan perkara (perubahan) itu. Bukankah dalam Islam, kalau seseorang saudara Islam itu ingin berubah, sokongan dan dorongan moral perlu diberikan? bukan kata keji dan maki.. itu bukan Islam kan? bukan kan? kan?

tapi apa-apa pun.. segalanya adalah ketentuan Allah.. macam aku sering katakan, setiap perubahan yang ingin dilakukan oleh hambaNya memang akan diuji dengan pelbagai benda yang boleh mengugat rasa ingin berubah itu.. kerana Allah ingin melihat sejauh dan sekuat mana Iman dan kekuatan yang hamba-Nya ada. Kan? berdoa kepada-Nya untuk segalanya. 

mungkin ada yang mengatakan entry yang aku buat ni untuk menagih simpati.. maaf. anda silap. ini hanyalah untuk meningkatkan motivasi yang ada dalam diri kami, itu sahaja. Dan ingin aku ingatkan lain  permikiran akan memikirkan sesuatu yang lain. Mungkin negative, mungkin positive dan mungkin seuuatu yang lain. Itu mungkin hak anda, tapi aku juga ada hak untuk menegakkan apa yang aku fikir dan memang betul. Mengikut pemikiran aku. Itu sahaja pesanan aku.


Assalamualaikum WBT.


p/s: hati-hati dalam sesuatu. mulakan dengan bismillah.
p/s: I would mention any names anymore.

No comments:

Post a Comment