Nuffnang Ads

Thursday, January 12, 2012

TRAUMA- WARDINA SAFFIYAH

Hi semua...

Adoiyai...  tadi baca catatan "Trauma" dari Wardina Saffiyah... kesian dia.. sungguh kesian dek kerana beberapa orang penyamun masuk ke dalam rumahnya dan menyamun rumahnya. Kalau korang nak baca respon orang lain terhadap apa yang berlaku kepada Wardina, korang boleh click sini. CLICK SINI. kat sini, ada banyak cerita lain. Tapi buat masa sekarang ni, Sabarlah kak Wardina. Akak diuji sedemikian rupa dan alhamdulillah, masih lagi mampu meneruskan kehidupan ini. Moga akak terus tabah dalam menjalani kehidupan ini.

Baiklah, kita ni sebenarnya memang banyak diuji oleh Allah sebab Dia ingin melihat sejauh mana keimanan yang kita ada dalam menempuhi ujian, cabaran-Nya. Jadi, kita sebagai manusia biasa haruslah bersabar kerana kita tidak mempunyai tempat lain untuk mengadu selain Dia (Allah). Dia lah yang memberikan Ujian dan kepada Dia jugalah kita mengadu nasib. Dia Maha Mengetahui. Percayalah. 

Kami juga diberikan ujian oleh Allah SWT kerana Dia ingin melihat sejauh mana tahap keimanan kami terhadap apa yang diujinya. 

Mungkin ada yang berkata, "Kenapa Allah bagi ujian sedangkan kita kan Islam?" Jika adalah yang bertanya sedemikian rupa, ingatlah, kewujudan kita didunia ini bukan kerja sia-sia. Bukan semata-mata untuk bernafas udara free, bukan hanya untuk makan nasi putih panas, bukan sahaja untuk berjalan di atas muka bumi Allah ni, bukan hanya untuk menikmati segala nikmat Allah yang diberikan kepada kita. Kewujudan kita di muka bumi Allah ini adalah untuk memuja keagungan-Nya, untuk beribadat kepada-Nya.

Mungkin ada yang berkata, "Eleh, pandainya bercakap budak ni.. baru umur setahun jagung dah nak berdakwah". Aku mengaku, aku tidak perfect. Sangat jauh untuk pergi kearah perfect itu. Setidaknya, sokonglah aku untuk berubah kepada yang lebih baik. 

Aku juga akan masih post something untuk hiburan aku sendiri dan sekali-sekala kita perlu amik sedikit masa untuk mengenang kembali apa yang telah berlaku dan juga amik masa untuk merancang akan masa hadapan. Sebab tu tulis merancang, kalau tulis menilik, itu bukan merancang, itu memusnahkan diri sendiri. Bahaya. Jangan buat ok.


Assalamualaikum WBT


p/s: Nak kemas bilik pulak.. tapi rasa macam mengantuk pulak!!

2 comments:

  1. makbed sokong utk awak. heee

    Akak kagum sangat dengan Wardina. Pada masa sangat genting macam tu, dia yakin dengan Allah yg sentiasa bersama dan melindungi keluarganya. Alhamdulillah, keluarga ini tidak diapa-apakan meskipun ada trauma.

    ReplyDelete