Nuffnang Ads

Sunday, February 26, 2012

BANTERAS PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN!!!

Hi semua,

Sabtu lepas aka yesterday, aku telah pergi ke satu seminar yang agak menarik *lau tak dijemput oleh MPP memang aku tak pergi la.. tapi yang aku peliknya...tak ramai pun MPP yang hadir.. tah la...tak tau la.. tapi itu bukan hal aku... yang penting aku pergi.. dan aku enjoyed jugak la.. alhamdulillah~~

this is from Canada..the poster...


see this poster!!! it brings a lot of meanings...

Okay baiklah... korang mesti nak tau apa tajuk seminar yang aku pergi tu kan? Seminar itu bertajuk,. Seminar Bersama Membanteras Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Seminar ini telah dihadiri hampir 400 orang pelajar UNISZA dan seminar ini bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) Universiti Sultan Zainal Abidin. 

Seminar ini rata-ratanya berkisar tentang pemahaman terhadap apa itu terma pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Beberapa ahli panel membentangan beberapa pembentangan dengan baik sekali, mereka adalah Prof. Dr. Azizah Kassim, seorang Felo Penyelidik Utama, IKMAS, dan beliau telah menyampaikan pembentangan yang bertajuk Isu dan Permasalahan Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran di Malaysia. Secara umumnya, Penerangan Prof. adalah dari perspektif IKMAS. IKMAS adalah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia. Prof. menerangkannya dengan cukup terperinci dan baik sekali.

Pembentang kedua adalah Tuan Azhar bin Abd. Hamid. Beliau adalah Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu. Pembentangan beliau adalah mengenai Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran dari sudut Imigresen. Tajuk pembentangan beliau adalah Peranan Jabatan Imigresen Dalam Membendung Masalah Penyeludupan Migran. Biarpun terdapat sedikit masalah teknikal tetapi ia tidak berhenti begitu sahaja. Beliau cuba membawa perspektif imigresen dan aku rasa ianya jelas. Seringkali kita tertukar bidang tugas pihak Imigresen dan Kastam kan? mereka mempunyai bidang kerja yang berbeza tetapi mereka adalah kumpulan kerjasam yang baik. Imigresen akan menjaga orang (Rakyat Malaysia) yang hendak pergi ke luar negara dan KASTAM akan melihat kepada barangan yang cuba dibawa masuk kedalam negara melalui 3 jalan iaitu, udara, tanah dan air. Itu adalah bidang tugas mereka. Okay?

Pembentang ketiga adalah ASP Azmi bin Aziz. Beliau adalah dari Unit Antipemerdagangan Orang (ATIP), Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman. Beliau didatangkan khas untuk memberikan pandangan dari sudut PDRM. Tajuk pembentangan beliau adalah Membanteras Pemerdagangan Orang dari Perspektif Polis Diraja Malaysia.

Segalanya sudah jelas, Mengikut statistik terdapat 2.5 juta manusia menjadi mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Statistik ini telah dikeluarkan oleh International Labour Organisation (ILO). 

this is one of the posters..
Jadinya, sebenarnya, sejak zaman Nabi Muhammad lagi slavery telah diharamkan, kenapa kita nak buat balik. Nak kembali ke zaman jahiliah ke? Ha? Modern slavery la kononnya.. paleotak!!! bodoh. korang nak tau lagi fasal Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran ni silalah ke www.moha.gov.my ataupun pergi ke Facebook taip Against Human Trafficking & Smuggling of Migrants. okay? aku sudah!!! anda bila lagi.?

Sebenarnya kan, masalah human trafficking ni bukan hanya masalah Malaysia, ianya juga adalah masalah dunia. Statistik yang aku bagi tadi tu adalah statistik untuk dunia, itu yang dilaporkan, yang tak dilaporkan? macamne? kan? pikir2kan la sendiri, jangan hanya tidak peduli.. kalau nanti kena kat diri sendiri? macamne?

Assalamualaikum WBT


p/s: bersama membanteras perkara durjana ini!!! for the sake of Humanity!!

No comments:

Post a Comment