Nuffnang Ads

Wednesday, February 29, 2012

JADI CHEF NAK LAWAN ENCIK MAT GEBU?

Hi semua,

Apa khabar? Maaf la tak update blog, pack dan banyak aktiviti yang aku perlu buat. Memang banyak. Sekarang ni aku telah menjadi tukang masak di kedai kawan aku. Alhamdulillah, masakan yang aku masak setakat ini memang boleh dimakan la. Cuma ada tadi seorang pelanggan memberi kritik terhadap masakan aku. *aku akui memang salah aku, sebab aku masak sedikit masin. Aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Okay?

CHef




Baiklah, esok aku akan buat segala kerja untuk research aku. Aku memang kena buat, walau macamane sekalipun. Lepas tu, aku nak study untuk MUET pada 3 Mac 2012 ni, yang tak lama ni nanti. Aku berharap supaya aku dapat membuatnya dengan baik. Buku MUET aku ada da, cuma nak buat review je nanti. Hehehe... InsyaAllah... boleh. kan?


Sebenarnya banyak jugak benda yang aku nak update cuma aku tak larat nak update sebab banyak aktiviti tapi takpe... demi untuk meneruskan kelangsungan hidup, kita kena berkorban masa dan tenaga. Okay? Chai-yok!!!

Berkenaan dengan tajuk, takde la sampai nak lawan Encik Mat Gebu yang memang alar2 retis hebat celebrity chef alam maya... memang tak la aku... tapi mana tahu suatu hari nanti aku akan buka kedai makan? mana tahu kan? moga cita2 tercapai...

Itu je la rasanya, 


Assalamualaikum WBT



p/s: seronok jugak jadi tukang masak ni. Hehehe~
p/s: suka sangat dapat duit syiling baru. Hehehe~

No comments:

Post a Comment