Nuffnang Ads

Thursday, February 2, 2012

TANAH KUBUR ASTRO OASIS BEST!!!

Hi semua,

apa khabar? korang pernah tengok tak cerita Tanah Kubur? alar yang kat Astro Oasis tu la.. yang pelakonnya Nasir Bilal Khan (Tok Adi) seorang penggali kubur yang selalu sahaja berdepan dengan pelbagai dugaan apabila ingin mengebumikan jenazah. Aku suka jugak sebenarnya carita Tanah Kubur ni. Cerita Tanah Kubur ni telah mendapat perhatian ramai hingga Astro mengumumkan rating untuk program ini adalah 4.5 juta. Itu sudah bagus. Aku pun suka sebab kita perlu tengok jugak cerita-cerita yang memberikan pengajaran kepada kita. Jangan asyik enjoy je kan? hihu~~

Tanah Kubur juga telah memasuki musim yang ke 3.. maknanya.. terdapat pelbagai cerita yang diolah oleh pengarahnya, Rashid Sibir. Hebatkan dia? hihu~~ aku suka cerita yang diarah oleh Rashid Sibir sebab dia mempunyai teknik syot yang agak menarik dan dia juga mempunyai 'X-Factor' dalam semua cerita arahannya. Hihu~~ Rashid Sibir selalunya akan mengambil pelakon veteran yang amat berbakat, dia ibarat Ummi dalam dunia lakonan, dia adalah Fauziah Nawi...  Fauziah Nawi ni kan, mempunyai bakat yang amat banyak. Aku kadang-kadang suka cara dia berlakon, kadang-kadang tak sangat. Tah tak tau kenapa.. maybe kalau dia jadi jahat tu, memang aku tak suka la.. sebab menjadi betul jahatnya... So, bagi seorang pelakon, dibenci oleh peminat jika berlakon jadi jahat, kira berjaya la kan? hihu~~ *jawapan retis you.. hahahah...

Episode yang terbaru untuk Tanah Kubur adalah seorang mak nyah yang mengubah dirinya. Sedih jugak aku tengok episode tu, tapi banyak pengajarannya. 

So, pada pendapat aku, Tanah Kubur *cerita keagamaan amat diterima ramai dan ia sesuatu yang kita patut banggakan sebab ia mengolah isu-isu yang dekat dengan kita. Mungkin kadang-kadang kita tidak sedar akan apa yang kita telah buat, kita cuma inginkan sesuatu untuk trigger kita untuk sedar. Cuma, kita tak tahu bila 'sesuatu' itu akan datang. Kan? jadi, banyakkan berdoa untuk menjalani kehidupan yang menggembirakan. Kan?


Assalamualaikum WBT


p/s: gembira dengan kehidupan aku sekarang. makin tenang.

No comments:

Post a Comment