Nuffnang Ads

Tuesday, March 13, 2012

BAHANA SUSUK!!!

Hi semua...

Apa khabar? lama betulkan aku tak update. Dan untuk sekian kalinya aku cuba meng-update pada siang hari namun, aku tidak berkesempatan untuk meng-update blog aku. Walau satu entry.

Baiklah, tadi aku ada terbaca fasal SUSUK. Bukan aku nak cerita fasal Kampung Susuk, cuma aku nak ulas fasal budaya *aku namakan budayalah.. BUDAYA SUSUK yang semakin menular dalam kalangan masyarakat Melayu kita. Ada aku dengar, kaum Lelaki pun pakai SUSUK tau. Apakah jadahnya? aku pun tak tau. Mungkin nak buat pelaris untuk anak gadis kot. Senang nak kahwin. kan? 

pakai susuk bersinar2 muka!!!

Okay la.. aku rasa budaya memakai susuk ni telah lama sebati dalam masyarakat Melayu sejak zaman dulu2 lagi. Tapi kan, budaya ni sekarang bukan main lagi feymes.. hinggakan ada yang berhabisan ribuan ringgit untuk mendapat susuk yang baik. Dulu orang pergi Thailand untuk letak susuk tapi sekarang orang Malaysia pun ada buat. Hebatkan? orang Malaysia mampu untuk berbuat apa2 sahaja. Chaiyok2!!! Malaysia Boleh!!! 


Okay la.. sekarang orang Malaysia aka khususnya untuk Melayu memakai susuk yang macam emas tempel kat muka tu.. Tah la.. aku tak tau kat mana cantiknya..cuma orang kata lau nak tanggal kena berendam dalam kubang kerbau banyak hari jugak sampai la susuk tu ilang. EEiii... tak geli ke bergelumang dengan lumpur kerbau tu? 

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh AkmallRazlan Asscociate, terdapat ramai kaum wanita daripada masyarakat Melayu yang memakai susuk. Tah apa nak jadi la.. setahu aku, terdapat beberapa jenis susuk, jenis susuk makin mahal jikalau mantera yang dibaca itu lebih lama dan makin berkesan. Pelik aku kan sebenarnya, Allah dah jadikan muka kita macamtu, takyah la nak pakai susuk ke apa ke.. kan? biar je la.. cuma kalau tak yakin dengan diri sendiri, pergi la rawatan muka. Itu lebih baik. takyah la masukkan sesuatu dalam muka anda. 

Kita sebagai masyarakat Melayu, yang beragama Islam pulak tu.. jangan la buat benda2 macamni... lau ada yang da buat tu, sila la buang... sebelum terlambat... susah nak mati tau> berdosa besar sebab syirikkan Allah S.W.T.. Jangan tau?



Assalamualaikum WBT


p/s: takut dengar orang pakai susuk, Tak takut ke?

No comments:

Post a Comment