Nuffnang Ads

Friday, March 23, 2012

JANGAN LARI LEPAS SEMBAHYANG! OKAY?

Hi semua...

apa khabar? Sekali lagi.. hari ni Hari Jumaat, jadi alhamdulillah, tadi aku telah mengerjakan Solat Jumaat di Masjid Sultan Zainal Abidin. Aku tak tau kenapa, tadi aku rasa sungguh best dan tenang je.. aku rasa macam nak duduk je kat masjid tu, dah la sejuk, tenang..sunyi.. memang best la. Aku suka je. Iya, la.. masjid mana tak sejuk, tenang kan? sepanas mana pun kat luar masjid tu.. kat dalam dia mesti sejuk. Aku suka betul. Sejuk.

BTW, semasa aku berada dalam masjid tadi, aku berpeluang untuk duduk dibawah *masjid ada dua tingkat. Aku duduk bawah yang berlantaikan marmar. Memang sejuk sangat best! aku suka. Dah la surrounding masjid tu memang best. Tak tau kenapa, memang best la. Semasa sesudah sembahyang, aku tak terus balik, aku duduk kejap then aku terpikir sesuatu, kenapa ramai betul yang nak balik cepat dan keluar dari masjid? sedangkan hari ni adalah hari Jumaat? Jumaatkan cuti. Aku bukanlah kata yang kepada mereka yang menadah doa sekali, yang keluar "lari" sebaik sahaja tok imam cakap "Assalamualaikum WBT", yang tu la. Tunggu la kejap lain kali, tok imam nak berdoa, Berdoa la,, bukan apa2 pun, cuma tadah tangan je, itu pun susah ke? Aku ni bukan la the right person to give advice sebab aku pun tak la taraf pak imam ke apa, aku orang biasa jugak. Cuma, kadang-kadang terlihat akan kejadian itu di depan mata banyak kali, Makanya, kalau terlihat benda ni banyak kali rasa macam tak best je kan? makanya lebih baik aku tulis, at least ada jugak yang baca dan ikut tunggu untuk berdoa sekali, apa salahnya kan? Alhamdulillah.

Baiklah, aku pun berpesan kepada diri aku jugak.


Assalamualaikum WBT


p/s: Berdoa dulu eh, jangan terus lari. Okay?

No comments:

Post a Comment