Nuffnang Ads

Saturday, March 31, 2012

KISAH KEHIDUPAN!

Hi semua...

Apa khabar? Mungkin apa yang aku nak cakap dalam entry ni sedikit emosi sebab apa ia ada kena-mengena dengan orang lain. Aku minta maaf awal-awal.

Baik, korang pernah tak dengar orang kata, "Ala... janda tu.. memang macamtu... nak mengorat laki orang lah tu", "alar.. mak janda berhias"dan  blah blah.

Apa korang rasa jika segala kejian ini berlaku kepada ahli keluarga korang sendiri? Baik, biar aku mula semula, istilah janda adalah panggilan untuk wanita yang kematian suami (cerai mati)  ataupun diceraikan dengan talak. Ada panggilan yang lebih baik itu, balu. Namun, jika sesuatu panggilan itu sudah menjadi sebati, secara tidak langsung ia diterima ramai dan ia menjadi perkara biasa untuk disebut. 

Secara jujurnya, aku mempunyai seorang kakak yang telah menjadi balu (janda) dan suaminya meninggal dunia pada tahun 2008 akibat septicaemia. Satu penyakit yang berkaitan dengan kuman dalam darah. Kakak aku mempunyai 3 orang anak lelaki, Abang (15), Akim (8) dan Fitri (5). Semasa arwah abang ipar aku meninggal, Fitri berumur 10 bulan (tidak silap aku). Masih kecil untuk memahami semuanya. Anak-anak kakak aku dibesarkan tanpa kehadiran seorang ayah. Namun, alhamdulillah, kakak aku seorang yang tabah. Dia berkorban masanya untuk anak-anak. Dia masih lagi muda tatkala kehilangan suaminya, pada umur 28 tahun. Iya, dia berkahwin muda. Sekarang dia berumur 32 tahun. Alhamdulillah, everything goes well.

Namun, pada tahun 2010 dulu, ada seorang lelaki warga Indonesia duduk di rumah sebelah kami, sumpah, Indonesi itu sering kali mencurigakan. Memang persekitaran rumah itu bersih tetapi tatkala malam, adalah orang lain yang datang ke rumah itu, perempuan Melayu dan sehinggakan TIDUR di rumah itu yang mana lelaki Indoesia itu sekali duduk di situ. Kami sebagai jirang sebelah, bukan nak menyibuk, namun, satu kampung sudah tahu akan perihal lelaki itu. *Kampung aku kecil je. 

Dan sehingga lah Indonesia itu berpindah dan duduk di kampung sebelah. *kami ingat segalanya telah settle, namun, hinggalah satu berita sampai ke telinga kakak aku dengan mengatakan kakak aku suka mengintai lelaki Indonesia itu, dan timbullah segala prasangka buruk terhadap kakak aku yang mana orang lain jugak tahu bahawa kakak aku adalah seorang balu (janda). 

Abang kembar aku dan beberapa pemuda kampung pergi ke rumah sewa Indonesia itu dan bersemuka dengannya. Hasil daripada event itu, segala sudah selesai.

Tapi, apa yang aku kesalkan, adalah apabila orang membuat firnah, orang lain PERCAYA bulat-bulat. Ibarat tiada penapisan kebaikkan berlaku. Shame on you. Thank God, I was not there with my twin brother, if I was there, I am pretty sure that the Indonesian's face hancur la. Kurang hajar sangat,. Macam sial! Nak fitnah-fitnah orang. Duduk negara orang buat sial! Bukan orang Indonesia je, orang-orang lain tu juga. Tapi tak dinafikan, ada jugak yang baik, yang baik, baik sungguh tapi kalau jahat.. memang macam sial la jahatnya. 

Tapi kan, pesanan untuk diri sendiri dan orang lain jugak. tolong lah, janganlah kita cuba mendiskriminasikan RAKYAT kita sendiri. Bukan apa, jika tidak dorang, siapa yang kita nak bergantung, saling bergantung kepada orang lain. Hidup kita bukan seorang, hidup kita dalam komuniti. Masyarakat, Biar banyak pun masyarakt tapi jangan lupa yang kita ni Melayu, siapa lagi lau tidak Melayu tolong Melayu. Betul tak?


Assalamualaikum WBT



p/s: maaf, bukan niat aku nak menceritakan tentang perihal keluarga.

2 comments:

  1. skeptism and prejudice in society does present their mental attitude

    ReplyDelete
  2. Yes. it does effect my sister.

    ReplyDelete