Nuffnang Ads

Friday, March 16, 2012

TAKZIAH ADIK DIRANG.

Hi semua..

Apa khabar? Moga sihat belaka la...eh? okay..untuk permulaannya,, aku nak ucapkan Takziah kepada keluarga adik Nurul Nadhirah (Dirang).. Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah SWT. Moga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Dan kepada pembunuhnya, hukuman setimpal menanti anda. Sungguh kejam kamu. Budak kecil yang tak berdosa dijadikan mangsa. Ya Allah... sungguh kejam dunia ini. 

Semoga rohnya tenang di sana. Amin.

Untuk yang keduanya.. aku ada sesuatu yang ingin diceritakan, aku pendekkan je la ceritanya, okay? 

Aku pergi berjumpa dengan Penasihat Akademik aku petang tadi. Selepas kelas la. Korang nak tau siapa nama Academic Adviser aku? Namanya, Madam Samsiah binti Abdullah. Dia pernah mengajar kami. Alhamdulillah. Tadi semasa aku jumpa dia, dia memberikan nasihat yang bernilai kepada aku. Segalanya ada kaitan dengan aku. Nasihat itu menceritakan perihal aku. Orang mengata, dan mengeji dan alhamdulillah, aku mempunyai Academic Adviser yang memang bagus. Sayang saya sentiasa bersama Madam. 

Nasihat itu berkisar tentang, perihal aku. dan untuk aku generalkan, segalanya yang ada pada kita *bila orang nampak pelik sikit, orang akan mengata, mengeji, rumoursing dan bawak cerita. Sekali lagi, aku sungguh bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan seorang Mentor yang sungguh baik dan menegur aku secaa direct. Aku boleh orang tegur aku secara direct. Jika itu salah aku, aku mengaku. 

Dan satu lagi nasihat Madam, segala yang kita buat dalam dunia ni, orang sekeliling akan sentiasa memerhatikan kita. Tak kisah la kita buat baik ke.. jahat ke. ada mata2 yang SUKA melihat kita dari jauh. Kadang-kala jika baik apa yang dibicarakan fasal kita, baik la.. kalau jahat? jahatlah kita. Sebagai pengakhirannya, ikutlah fitrah yang telah diberikan dan menjadilah orang yang berguna kepada masyarakat. Dan, jangan ingat apa yang kita buat itu semuanya betul, kerana di mata masyarakat , boleh menjadi fitnah dan benci. Salah kita? Mungkin kerana kita yang mulakan fitnah itu. Jadinya, berhati-hatilah.

Itu apa yang dinasihatkan oleh Madam dan aku ulas sedikit. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT. Amin.


Assalamualaikum WBT


p/s: segalanya jelas. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment