Nuffnang Ads

Friday, March 23, 2012

YANG KAYA DUDUK SAF DEPAN DALAM MASJID?

Hi semua....

apa khabar di waktu-waktu puncak untuk hari Jumaat ni. Waktu puncak? mesti ada yang tertanya2 kan... takde la.. waktu-waktu macamni la kaum lelaki akan pergi sembahyang Jumaat dan maka berpusu-pusulah segala jenis kenderaan menuju ke masjid. Ada Viva, ada Saga, Kancil, Kelisa, Storm, Mercedes, BMW, dan lain-lain.

Tapi korang pernah tak terfikir akan sesuatu ini, sebesar mana pun kereta (kenderaan) yang dibawa menuju ke masjid, tetap korang duduk dalam saf. Iya la.. ada tak masjid yang tulis, 

"Yang kaya duduk saf depan, yang pendapatan sederhana duduk saf tengah dan yang miskin duduk saf belakang"  

ada? Kalau ada masjid yang buat macamtu, bagitahu aku. Tengok, setinggi mana pun kita, ke agama (ISLAM) jugaklah kita perlu pandang. Aku bukan apa, peringatan untuk aku jugak, selalunya kita akan selalu mengingatkan orang, tapi kadang-kadang kita lupa akan diri kita kan.

Aku ni, kadang-kadang terlupa jugak. Banyak makan semut kot. Semut tu buat snack. Hahaha.. takde la.. jap lagi nak pergi sembahyang Jumaat, ada baiknya juga aku menginsafi diri aku kan daripada berbuat perkara yang kurang berfaedah *aku tak buat pepe pun sekarang. Hehehe...

Tapi aku ni sebenarnya baru je lepas makan, dan maksudnya pabila aku lepas makan, dengan segala hormatnya, aku ni mengantuk.. makanya aku cuba untuk rasa mengantuk dengan berat. Itu adalah yang paling sihat sekali. Okies? hihu... payah jugak la nak mengekang rasa mengantuk ni, aku rasa sebab ianya salah aku , aku tidur lama sangat kot. Adoiyai.. letih sangat kot sebab semalam merendek kemain lagi. kan?

Okay la... aku nak rehat sebentar, lepas tu nak bersiap untuk sembahyang Jumaat pulak. 


Assalamualaikum WBT


p/s: lau mengantuk kenalah basuh muka kan?

No comments:

Post a Comment