Nuffnang Ads

Sunday, April 15, 2012

CAMERON HIGHLANDS AGAIN !!! HEHEHE

Hi semua...

11-April-2012 lalu, kami telah pergi ke Cameron Highlands.. tapi Cameron Highlands sekarang ni tak berapa sejuk la, aku pun tak tau kenapa, hehehe.. memang tak berapa nak sejuk pun. Tapi apa2 pun..mari maru-maru yang comel lagi kiut miut, aku tunjukkan beberapa keping gambar yang mampu membuat anda ingin melancong ke Cameron Highlands. Lagipun, sokonglah industry pelancongan tempatan, banyakkanlah melancong dalam Malaysia, biar cash flow tu mengalir dalam Malaysia,kan? tak gitu? hehehe..*tetibe cakap sal ekonomi lak!!! hehehe...




Ingat Victoria's Secret je ada kepak?
aku pun ada hokeh!!! hahaha
Ni abang kembar aku, Saufi Razlan
Aku posing dalam terowong...haaha
amcam? model tak aku?..
Ayah aku dengan Abang dengan Akim,.. tah apa yg diboraknya.
Akim dengan Fitri.. main benda ni..tah hape2..hahaha
Tiga beradik, Fitri, Abang dengan Akim...
Abang, Akim, Akak Cik dengan Fitri...
Cantikkan bunga ni? ni anak sedara ku snap...
Akak cik dekat Big Red Strawberry Farm...
Cantikkan? macam laut je..
Abang, Akak Cik dengan abang aku..kembar aku la..

Amacam trip kali? okay kan? pepagi kami da keluar sebenarnya... pastu pergi rumah orang meninggal kejap, melawat, sedara ayah aku.

Mari aku cerita sedikit sal perjalanan trip itu.

8.30 pagi - bertolak dari rumah
11.30 pagi - Sampai di Cameron Highlands.
              
-sesampai je kami di Cameron Highlands, kami pun pergi ke Bharat Tea Plantation, kami berhenti minum teh dan tengok sekali la ladang teh tu. *da pergi banyak kali, tetap minum teh jugak..hahaha... sengal tak?

- lepas tu kami pergi ke kedai Mamak dekat Tanah Rata dan kami makan nasi kat situ, Aku makan nasi beriani dengan nasi putih. separuh-separuh. heheh.. kena makan, lau tak makan takde tenaga nak berjalan. hahah.. 

-lepas tu kami pergi ke Bee Farm, Butterfly Farm dan naik ke KEA Farm. best la.. habis gak masa kami kat sini, Hehehe...

-lepas tu kami pergi ke Muallaf Strawberry Farm, tempat besar dan memang best. Sebab banyak benda boleh dilakukan, dan kalau petang , sejukk!!

-kami ingat kami nak pergi ke Pasar Malam kat Tanah Rata, tapi malangnya takde. Kakak aku kata tiap-tiap malam da pasar malam, tapi yang haddooo!!!! hahaha..takde habuk pun.. langsung.. takde.. 

7.00 malam

-kami turun dari Cameron Highlands.. 2 jam 30 minit je dari Cameron Highlands ke Rumah.. ikut jalan Sungai Koyan.. memang superb la.. kebetulan pulak, semasa turun tu, ada pasar malam kat simpang Sungai Koyan, kami pun apa lagi, tak dapat yang kat Cameron Highlands, yang kat bawah pun jadilah.. hehehe.. 

Jadinya, kami sampai kat rumah dalam pukul 10 malam cmtu...

So, apa yang kami dapat dari trip ini? seronok la.. nak kata sejuk gigil, takde la.. cuma nanti2 lau ada masa nak tidur situ lak.. dan aku rasa, aku nak kerja kat situ la.. macam best je. okay gak kan? udara pun segar, putih la aku nanti..hahahha


Assalamualaikum WBT


p/s: Genting Highlands je aku tak lepas lagi..

2 comments: