Nuffnang Ads

Monday, April 16, 2012

Gulai Kering Daun Asam Gelugur

Assalamualaikum wbt, 

http://salmikhairil.blogspot.com/2012/11/gulai-kering-pucuk-asam-gelugor.html

Untuk entry kali ini, aku hendak bawakan kepada anda satu menu masakan yang amat terkenal dalam kalangan keluarga aku. Menu ini adalah menu turun-temurun dari kampung kami, iaitu Kampun Jenud. Boleh dikatakan setiap hari raya ataupun majlis keramaian, kami akan menyediakan hidangan ini, apakah menu ini? Gulai Kering Daun Gelugor Dengan Ikan Sungai

Menu ini senang sahaja sebenarnya, tetapi ia ada beberapa tricks yang perlu anda ikuti jika ingin membuat hidangan ini. Baik lah, sebelum itu, mari aku bawakan anda bahan-bahan yang perlu anda sediakan untuk membuat hidangan ini.

Bahan-bahan:

Daun Gelugor (lebih kurang satu guni beras 5 KG)
Ikan sungai (anda boleh gantikan dengan ikan laut)
Santan
Cili Padi
Kunyit
Garam
Air
Air Panas

Cara-cara membuatnya:

1. Ambilkan daun gelugor dan hiris halus-halus. Selepas ia mencukupi, daun gelugor yang telah dihiris halus tadi hendaklah diletakkan di dalam besen dan dituangkan air panas kedalamnya. Dan, daun tadi, mulanya hendaklah dikacau dan setelah agak suam, hendaklah diramas daun itu. Tujuan ia diramas adalah untuk menghilangkan rasa masam yang terdapat pada daun gelugor tersebut. Selepas ia diramas, ia hendaklah diasingkan.

2. Tumbuk cili padi (secukup rasa), kunyit, garam sehingga lumat. Setelah lumat, ianya hendaklah dilumurkan di ikan tadi. Untuk pengetahuan pembaca, saiz ikan sungai seperti ikan lampam, peroi, dan lain-lain adalah tidak begitu besar, jadinya, anda boleh sahaja meletakkan seekor demi seekor. Selepas dilumurkan dengan rata, biarkan seketika.

3. Ambilkan periuk gulai bersaiz sederhana dan mulakan dengan meletakkan daun gelugor terlebih dahulu, ia diselangkan dengan ikan dan begitulah seterusnya sehingga habis.

4. Letakkan santan kedalam periuk gulai itu tadi, Letakkan sehingga agak-agak sampai ke lapisan atas sekali. 

5. Letakkan periuk keatas dapur dan masakkan gulai dengan menggunakan api yang sederhana (pada mulanya), dan apabila sudah agak-agak kering, tukarkan kekuatan api ke api yang kecil. Gulai perlu dipantau sekali-sekala, ia perlu di kacau, tetapi tidak terlalu kuat. Hendaklah berhati-hati supaya ikan tidak hancur.

6. Proses memasak gulai kering ini boleh mengambil masa dari 4-6 jam. Untuk hasil yang lebih sedap dan enak, api perlu dijaga dengan berhati-hati untuk mengelakkan ianya hangus. 

7. Setelah masak, bolehlah anda hidangkan dengan nasi pulut ataupun makan ia dengan lemang.

Selamat mencuba.

Ini adalah resepi mak aku buat, orang lain aku tak tau. Apa yang aku buat research sikit, orang Negeri Sembilan ada menggunakan daun gelugor untuk menggantikan peranan asam gelugor dalam hidangan mereka. Tetapi kelainan yang kami bawakan adalah, kami memasaknya dengan kadar yang lama dan ianya kering dan tidak berkuah sangat.

Assalamualaikum WBT

p/s: untuk pertanyaan, bolehlah email aku dia akmall_kiut@yahoo.com okay?
p/s: Maaf, takde gambaran, nanti aku update gambar eh. 
p/s: resepi ni ikut mak saya yang buat..

4 comments:

  1. daun gelugor tu daun apa..hntar la sample cikit

    ReplyDelete
  2. sample? hahaha...
    daun gelugor tu daun dari pokok asam gelugor.. asam keping tau tak? ha...kami amik daun dia je..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Saya share ye resepi ni en. Akmal

    ReplyDelete