Nuffnang Ads

Thursday, April 19, 2012

PENCURI WAJIB DIHUKUM BERAT!

Hi semua...

Selamat pagi dan urm... selamat pagi je la kan... 

okay? apa aktiviti anda pada hari ni? yang ada keas tu mesti ada kelas la kan? bagus2.. nanti2 korang ganti tidur korang ok?

hurm.., ni aku ada sesuatu nak diceritakan, ini adalah fasal case kecurian. Kepada yang ada pengalaman fasal case kecurian ni mesti traumatize kan? tu la.. bahaya tau.. tapi case kecurian ini tidak sepatutnya berlaku tatkala negara melangkah ke arah Wawasan 2020... nak capai wawasan apa kalau perkara macamni asyik terjadi.

Aku bukan setakat nak cerita sal apa yang berlaku kepada kawan aku sahaja tapi sebenarnya, di kampung aku jugak, perkara seperti ni banyak berlaku. Kadang-kadang tertanya dalam diri, Dimanakah pertimbangan mereka (pencuri)? kalau takde kerja, janganlah mencuri.. banyak lagi kerja lain yang boleh dilakukan dan ianya HALAL. 

Sebagai contoh, kat kampung aku, case curi getah memang amat banyak. Iya la, orang lepas menoreh takkan nak tungguh getah tu menitikkan? takde la weh.. dan kadang2 ada hamba Allah yang amat "bijak" otaknya, mencuri getah hasil titik peluh orang lain. Takke itu berdosa? Weh, insaflah, janganlah mencuri, dosa tau, dosa. Korang tak takut dosa ke? haaa? 

Ada jugak hari tu sekali kot tak silap, rumah kakak aku yang sedikit berada terpencil diceroboh masuk dan ianya amat mendukacitakan kerana beberapa tabung anaknya diambil oleh pencuri tersebut. Bahayakan? aku rasa, kalau berjumpa dengan pencuri itu, takde lain, potong je tangan. Itu kalau ikut hudud, tapi kat Malaysia ni takde ikut HUDUD. Itu la,manusiakan? jangan lah mencuri, Allah bagi tangan bukan untuk mencuri.. Allah bagi tangan untuk mencari rezeki yang halal... Rezeki yang diredhai oleh Allah...

Ni masuk kepada cerita kawan aku pulak, kawan aku ada bawak motor kat Kuala Terengganu ni, sebab ia untuk memudahkan dia pergi ke kelas dan sebagainya. Tetapi 2 hari lepas, rumahnya dipecah masuk dan motor dia diambil oleh pencuri tersebut. Dan sekarang kesian dia, dia berada di Pulau Pinang dan dengan tiadanya motor itu, ia menyulitkan beliau untuk bergerak. Kesian dia. Aku tak tau la kenapa orang sanggup berbuat demikian. Kalau korang nak motor, carilah rezeki sendiri, ini tidak, nak bersenang-lenang diatas kesusahan orang lain, berdosa tau. DOSA!!

Lagi satu, kawan kepada kawan aku tu  pergi buat report dekat Balai Polis berhampiran dengan Univerisiti aku ni, MALANGNYA, pihak Polis tidak mau untuk mengambil keterangan sebab ia perlu direport oleh mangsa pemilik kenderaan sendiri. Okay fine, kawan aku buat report kat Bayan Lepas, dan selepas itu, pihak polis yang berada berhampiran dengan U aku ni kata, bukan case tu. Kawan aku terkejut sebab pintu pagar rumah mereka terkopak habis dan masih bukan case pecah masuk? bukan cease ceroboh? abis tu, nak masuk bawah case culik? Pencuri culik motosikal? weh.. kalau taknak buat kerja, jangan kerja. Letak jawatan, ramai lagi orang lain yang hendak kerja. berdosa kau lau tak kerja tau, sebab itu kerja kau.

lagi satu, kepada semua pencuri, baru nak jadi pencuri, yang telah mencuri, TOLONGLAH, jangan lah mencuri lagi, sbab apa? kalau perkara ini tidak diredhai oleh mangsa, NERAKA lah jawabnya tempat korang diakhirat nanti. Aku memang bukan penentu masuk neraka ke syurga, Allah ada berfirman bermaksud, "setiap perbuatan walaupun sebesar zarah pun akan dihisab", jadinya? pandai2lah okay?

Okay lah, aku berdoa motornya akan dapat djumpaa semula.

Assalamualaikum WBT



p/s: lapar.

2 comments:

  1. salam..
    singgah follow sini :)
    jom follow cik iena jugak(^_~)
    www.ienaeliena.com

    ReplyDelete
  2. okay.. wah!! ada domain sendiri lar.. sonoknya..

    ReplyDelete