Nuffnang Ads

Sunday, April 1, 2012

SEMOGA DIPERMUDAHKAN ALLAH!

Hi semua...

perrgghhh!!! hujan lebat sekali sekala memang tersangat lah best. memang aku suka. Sangat suka.

Alhamdulillah, tadi Allah banyak menolong aku. Hari ini sahaja *walau tak semua dipermudahkan, aku anggap ia sebagai ujian Allah. banyak Allah tolong aku. Jadual hari ini dan esok agak padat. Semoga dipermudahkan lagi.

Mesti ada yang baca blog aku ni berkata *eleh.. tulis macam ustaz..tapi perangai macam hape je.. haaa.. ini aku nak cakap sikit, aku tak suruh pun korang baca blog aku.. segala tulisan aku.. so, aku nak post apa.. aku punya suka. Aku nak tulis dalam bahasa apa sekali pun, aku punya suka. Okay? rasanya paham da kat situ, lau tak paham jugak, call je la aku.. tak pun message, senang. aku bagi paham ? okay?

Urm.. kat mana aku tadi? ha.. meh aku nak cakap sikit fasal kehidupan ini. Iya, kehidupan yang aku hidup sekarang ni, kehidupan di UNISZA yang penuh pancaroba. Orang takde hal, cari hal dengan aku. Camtu la. lebih kurang *aku pun da je cari hal dengan orang lain. Hahaha.. but at least tak cakap belakang kan? kwang3... 

Baiklah, aku ada kawan. Kawan aku ni pendiam, Kawan sekolah rendah. Ada sekali, dia takde duit nak makan. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki lebih kat aku, aku sedekah sedikit makanan kat dia. *Takde niat nak bongkak serta riak. Aku minta maaf banyak2. Tapi apakah yang dibalas? ibarat Susu dibalas tuba. Aku masih lagi elok. masih lagi berkawan dengannya tetapi BERHATI-HATI dengan kawan aku tadi. Dan sekarang aku tak tau dia kat mana. Dan alhamdulillah, hidup aku takde cacatnya. 

serenity

Aku masuk sekolah baik,keluarga yang menyokong baik, universiti yang baik, ada kawan-kawan yang baik, lecturers yang baik, ada segalanya. Alhamdulillah. Allah masih mencuba aku dengan pelbagai. Walau ibadat aku tidak semegah ustaz di masjid, hati aku tidak sesuci imam tapi alhamdulillah, dugaanNya tidak pernah berbeza. Semuanya sama. Setiap Muslim akan diuji dengan sehebatnya untuk melihat sejauh mana iman kita. *sekali lagi aku ingatkan, aku bukan nak riak ke apa. harap maklum.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku dan kawan-kawan aku.

Amin.

Assalamualaikum WBT


p/s: mencari CAHAYA.

2 comments:

  1. that's sound positive..keep it up

    ReplyDelete
  2. it sounds positive eh? good then. alhamdulillah.

    ReplyDelete