Nuffnang Ads

Monday, April 2, 2012

SHARIFAH SHAHIRAH TWEET AKU WEH!!!

Hi semua....

apa khabar? Moga sihat belaka hendaknya.. aku sekarang nak tulis entry fasal seorang artis ni. Dia orang kampun aku juga. *takde la kampung, satu kampung tapi satu daerah la.. nama dia.. Sharifah Sharirah. Korang click kat nama tu.. tapi Wiki tulis dalam bahasa Indonesia.. tak paham aku.!! agaaggaga..lantak..

click gambar ni pulak...

Cuba click gambar ni..

Tapi kan, aku semalam dan hari ni.. aku tweet dengan dia. BEST woo.. memang layan la, dia pun tweet best jugak, Kak Shira ni sebenarnya seorang penyanyi *nak jadi dulu..tah kenapa jadi pelakon, pelakon, pelawak, pengacara, DJ Radio, ibu, isteri, menantu, anak perempuan, wanita *hoh!! apa ni? takde kaitan dengan kerjaya dia pun. Hehehe..sorry kak shira. 

Korang mesti undi dia kan? bagus la.. kita ni undi orang ni seban Allah bagi jalan lain untuk dornag ada rezeki, kita undi artis2 ni, maksudnya kita mendoakan mereka dapat rezeki banyak. Ada jugak orang tanya, cakap "korang undi bagai nak rak kat artis ni, dorang dapat hadiah, duit korang dapat apa?" itu ayat yang selalu sangat didengari,iya la.. memang macamtu.. jeles. Tapi yang sebenarnya, kita ni membantu jugak, jangan cakap yang kita ni tak membantu, kita mengundi ni supaya artis tu dapat duit, hadiah semua,,, dan kita dapat jugak tau, PAHALA. Itu yang penting dalam dunia ni, setiap perbuatan kenalah disertai dengan niat yang ikhlas, kalau niat nak menolong, maka, pahala lah yang dijanjikan. 

Bebalik kepada kak shira tadi, setau aku, dia da banyak tahun da jadi calon dalam ABPBH ni, sejak dolu-dolu lagi, tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi beliau, tapi takpe, tadi aku tweet dengan dia, "jangan risau kak, kalau tak menang takpe, akak da menang dalam hati peminat", kata-kata semangatlah yang artis2 ini perlu, korang ingat senang ke nak jadi artis? kalau banyak job takpe.. kalau takde? macamne? lain la makan gaji dengan kerajaan,. TAK BUAT KERJA, GAJI TETAP JALAN. *eh!! maaf, itu bukan motto kerajaan tuh. hihu~~

Macamni la, hidup sebagai artis ni bukan kerja senang, Malah, mana-mana hidup pun tak senang tau, hidup jadi putera-puteri pun susah, Betul, korang ingat senang ke nak ikut protokol ni? susah tau.

Takpe kak shira, selagi ada hayat dikandung badan, segalanya mungkin bagi kak shira dan abang ijoy sekeluarga. Jangan risau,  rezeki ada dimana-mana. 

Assalamualaikum WBT


p/s: Moga kak Shira menang kali ni!!! YEAY, nantikan 8 April 2012, ABPBH 2012!!

No comments:

Post a Comment