Nuffnang Ads

Tuesday, April 24, 2012

YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI...

Hi semua..

Selamat Malam, apa khabar? memang malam ini adalah malam yang agak panjang sebab aku akan berjaga sekejap untuk membuat kerja, Sekejap je, dalam 1 jam gituw, so, aku akan tidur dalam pukul 1.50 AM, memang selalu pun macamni, nak2 pulak sok kelas agak lambat, dalam pukul 10 pagi.

Seperti semua sedia maklum, kami (Pelajar ISM Bahasa Inggeris Semester Akhir) akan mengadakan satu program dan nanti aku akan letakkan banner kat sini eh. Tapi, dalam mencapai perkara ini, pelbagai rintangan yang perlu kami lalui, memang banyak cabaran. Sungguh, aku tak tipu. Setiap exco mempunyai pelbagai cabaran. Aku pun risau sebenarnya. Sangat risau.

Adakah expectation tinggi memberikan satu cabaran yang besar? Jawapan aku, Memang! Bukan kami tak buat kerja tetapi terdapat pelbagai cabaran luar yang membuatkan kerja yang ingin dijalankan itu terbantut. Usaha gigh telah dilakukan, namun, masih ada masalah. Aku kesian dengan kawan-kawan aku dan jugak diri aku sendiri lah, tapi nak buat macamne, kerja perlu disudahkan dengan sebaik mungkin. 


Ya Allah, semoga Engkau teguhkan hati-hati Kami, dan Engkau permudahkanlah segala kerja yang berada dihadapan kami. Engkau permudahkanlah Ya Allah. Kami memohon kepada-Mu, Ya Allah, Engkaulah satu-satunya tempat untuk kami semua mengadu. Permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Amin.


Assalamualaikum WBT


p/s: Ya Allah.. permudahkanlah urusan kami.

No comments:

Post a Comment