Nuffnang Ads

Monday, May 14, 2012

BEBERAPA MINGGU LAGI!!

Hi semua...

Hari ni hari pertama untuk bekerja kan? iya la.. hari Isnin, tetapi kalau untuk Kelantan, Terengganu, Kedah. Perlis ini da hari yang ke dua bekerja. Sebab hari Ahad adalah hari pertama. *tak sama kan? hihu~~ kenapa? itu aku tak tau, jangan tanya aku. 

Baiklah, untuk pengetahuan semua, sekarang ini telah masuk minggu-minggu akhir di mana aku dan kawan-kawan, InsyaAllah akan menghabiskan Bachelor of English dan kami telah berada di sini, jauh daripada keluarga selama 4 tahun *tak sepenuhnya lah.. tapi jauh la dari kampung halaman dan selepas ini, kami pulak akan berpisah dan jauh daripada kawan-kawan yang telah bersama selama 4 tahun. Perkara ini memang sudah pasti dan kami masih berusaha untuk menghabiskan masa yang sedikit ini dengan baiknya.


Aku pasti ramai yang akan merindui kawan-kawan yang selama ini jumpa dalam kelas, bergurau senda, menangis sama-sama, makan, tidur sebantal, berjalan sama-sama dan pelbagai lagi yang telah dilakukan bersama. I will miss that, for sure, but life must go on. kan? sebanyak mana kita sedih namun, hidup perlu kita teruskan. 

Kalau kita da rezeki, hidup panjang di muka bumi Allah ni, berjumpa la kita, kalau tiada rezeki, nak buat macamne. kan? tapi aku optimis bahawa hidup setiap daripada kita BEN 8 telah dirancang dengan baik oleh Allah SWT, perancangan Dia adalah yang terbaik dan hiduplah kita berusaha kearah kebaikan. Okay? jangan sedih2.. 

Assalamualaikum WBT

p/s: (T_T)

No comments:

Post a Comment