Nuffnang Ads

Tuesday, May 15, 2012

EMAK DAN AYAH IBARAT AWAN MELINDUNGI KITA.

Hi semua...

Selamat pagi dan salam sejahtera.. iyalah... memandangkan aku post entry ni pukul 2.00 pagi.. so, selamat pagi la aku kena ucapakan.

Korang pernah terfikir tak jasa emak dan ayah? Iyalah, membesarkan kita dari dari dalam kandungan *mak hingga setiap daripada kita sekarang ni? pernah tak? kalau tak pernah, adalah baik untuk kita duduk sebentar dan mengenang jasa emak dan ayah kita. Sebab apa? sebab, mereka adalah kita milik kita selagi mana mereka bernafas dalam dunia ini dan mereka bukan milik kita lagi apabila Allah SWT mengambil mereka dari kita. Itu bukan kuasa kita cuma kita berkuasa untuk menggembirakan mereka selagi mana mereka ada dalam dunia ini. 

sehari dua ni aku sering post entry yang berkaitan dengan kekeluargaan. Pada aku itu lebih baik kan? takkan aku nak post benda yang berkaitan dengan minat aku sentiasa kan? Kita kadang-kadang perlukan masa untuk merenung dan memikirkan apa yang terbaik untuk kita dan keluarga kita. Aku, aku tinggal beberapa minggu sahaja untuk menghabiskan 4 tahun belajar dan beberapa hari lepas, mak aku call dan dia cakap fasal rumah, kerja dan sebagainya. Aku tidak tersentak dan aku tidak melatah, aku memikirkan. Aku berfikir bagaimana untuk aku mendapat kerja dan memberikan sepenuhnya kepada mak dan ayah aku. Kahwin? aku takkan fikirkan lagi untuk tempoh masa 5 tahun. Itu goal aku. Aku nak tumpukan kepada keluarga aku dahulu sebelum aku membuat keputusan untuk berkahwin. 

Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde, aku lebih selesa memberikan perhatian aku kepada mak dan ayah aku serta keluarga. Itu matlamat aku, keluarga. Berbalik kepada topik awal tadi, kasih emak dan ayah adalah yang paling istimewa. Kita nak cari kat mana kalau mereka sudah tiada? Cuba fikirkan.

Hargailah mereka selagi mana mereka masih ada. Itu yang kita boleh buat dan lagi satu, doakan mereka semasa kita sembahyang dan jugak sebelum kita tidur. Itu lebih baik kan? *saling mengingati adalah perkara yang baik. Betul tak?

Assalamualaikum WBT


p/s: terima kasih mak dan ayahku.

No comments:

Post a Comment