Nuffnang Ads

Saturday, May 19, 2012

HI-TEA EXECUTIVE TALK WITH PUAN SRI DHIAH FROM KARANGKRAF.

Hi semua..

tadi aku serta beberapa rakan telah menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling Universiti Sultan Zainal Abidin yang telah bertempat di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai. Program yang diberi nama Hi-Tea Talk : Bersama Kumpulan Karangkraf dan Buku Prima ini telah menjemput Puan Sri Dhiah binti Shaharuddin. Beliau adalah penulis buku, novel, pengurus besar Kumpulan Karangkraf dari Karangkraf.

Sedikit nota catatan.

Tandatangan Puan Sri Dhiah .

Sebahagian daripada kawan-kawan yang hadir.

Dua ni memang gila gambar..hahaha

Beliau memulakan talk beliau tadi dengan menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang beliau, dari mana beliau bermula dan hingga sekarang.

Kronology pengalaman kerja beliau:

Pembantu farmasi -> Pegawai pemaju masyarakat (KEMAS) -> Editor Buku Karya Bistari -> Penyunting Akhbar Bacaria -> Editor Akhbar Bacaria -> Editor Majalah NONA - Editor Majalah Mingguan Wanita - Edtior Kanan Bahagian Majalah di Karangkraf -> Berkhidmat sebagai Editor Kumpulan Majalah -> Editor Kumpulan Akhbar Sinar Harian -> Pengurus Besar Oasis Books Sdn. Bhd. dan sekarang beliau adalah Pengurus Besar Penerbitan di Kumpulan Karangkraf yang mana menerbitkan buku-buku novel dari karya Bestari Sdn. Bhd., Alaf 21 Sdn. Bhd dan juga Buku Prima Sdn. Bhd. 

Beliau ada memesan hadirin dan hadirat yang datang supaya menjadikan segala ilmu yang dipraktikkan supaya kita dapat lebih lagi. Ia bermaksud segala yang dilakukan mestilah berlandaskan agama. Seperti kata beliau, kalau buat akhbar, "setiap laporan adalah ibadah". Kalau orang baca salah maka, dosa tu akan dapat kepada sesiapa yang melihat berita itu tersebar. Betul katanya. 

Intipati tadi berkisar mengenai peluang kerjaya dengan Karangkraf yang mana, Karangkraf sentiasa membuka pintu untuk menerima manuscripts yang boleh diketengahkan, namun, segalanya ada procedures yang perlu diikuti. Beliau juga menerangkan menjadi seorang penulis juga boleh menjadi kaya dan tidak semestinya bekerja dengan kerajaan ataupun swasta. Menjadi penulis juga boleh menjadi kaya, beliau memberikan contoh penulis novel seperti Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni, Aisyah Sofea dan lain-lain. Ada yang sanggup berhenti kerja hanya untuk memenuhi impian mereka untuk menjadi penulis novel yang berjaya.

Puan Sri Dhiah (kanan)
Puan Sri Dhiah juga memberikan nasihat, jikalau ingin menjadi seorang penulis novel yang berjaya, seseorang itu hendaklah memenuhi segala kriteria yang diberikan antaranya adalah, membuat kajian, mendengar kata-kata pengkritik, mendengar kata-kata bos dan banyak lagi.Beliau menambah, bakat boleh diasah kerana semuanya pandai menulis cuma kreativiti itu membezakan setiap penulis.

Program ini juga dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Mustafa bin Che Omar, Timbalan Dekan (Pembangunan dan Khidmat Pelajar) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UNISZA. Ia diakhiri dengan sesi bergambar oleh para hadirin dan hadirat yang hadir. Sesi berakhir pada pukul 6.00 petang.

Itu adalah sedikit sebanyak daripada pengalaman yang telah dikutip untuk hari ini. So, kepada yang hadir tadi, jom! mari kita start novel kita sendiri!!! jom!!


Asssalamualaikum WBT


p/s: Seronok jugak.

2 comments: