Nuffnang Ads

Thursday, May 17, 2012

KAU MAMPU, KAU BUAT!

Hi semua...

Selamat tengahari.. apa khabar? mesti semua dalam keadaan yang baik kan? 

Okay, bangun tadi aku terasa sangat sakit perut.. sampai tak pergi la aku kelas tadi.. peerrggghhh.. memang sakit woo... mungkin aku makan TERLAMPU BANYAK semalam kot, aku pergi pasar malam kan semalam dan aku membeli macam esok tiada untuk aku.. memang keesokkannya tiada pun untuk aku.. apa yang tiada tu? KELAS.. nyesal giler tak g kelas pegi nih...adoiyai...!!

okay.. untuk entry kali aku nak cerita sikit sal KEMAMPUAN. Okay, ini pendapat aku la eh. Kan sekarang ada "Hunger campaign for Palestine" tu kan, maksudnya insan-insan prihatin sentiasa cuba untuk menolong rakyat Palestine dalam apa jua keadaan pun.

Aku pun gak tolong, aku haritu tukarkan Profile Picture FB dari gambar biasa ke gambar yang warna kuning coklat tu, then aku post status "This is the least that I can do for Palestinians other than continous duas". Simple but mendalam, pada aku la. Aku tak tau la orang lain. tapi itu je yang aku mampu lakukan, nak pergi ke Palestine, memang tak dapat la aku, nak pergi ke melawat negara orang dalam rantau Asia Tenggara pun tercunggap2.. aku bukan kaya. Aku bukan seorang yang kaya duit dan lain2. takde.

Tetapi, bagi individu-individu yang mampu untuk melakuka derma dari segi kewangan, makanan, Sila la menderma, jangan malu-malu dan please, jangan dok nak sebarkan kat berita ke apa ke, sebab pahala derma awak tu, kalau dok heboh2 kat berita, terbang melayang macam angin, hilang, kosong. Baik penderma tu diam-diam je, lagi best. Betul tak? at least senang hati. Takyah la sibuk2 nak bagitahu orang yang kau derma ni, kau derma tu, elok2 dapat pahala banyak, nanti pahala hilang, dosa pulak dapat double, triple. Nak? mesti tak nak kan?

Pesanan ni bukan untuk orang yang kaya-kaya je, SESIAPA SAHAJA YANG BERSEDEKAH ATAU MENDERMA, ikhlaskan hati anda dan jangan nak heboh2... buat malu je. Orang sekarang ni da dapat pikir da, derma ikhlas ke tidak. Orang yang terima derma takde pepe pun, tetap terima, tapi tu la, keikhlasan hati si penderma tu, tanggunglah sendiri.

Eh.. melarat pulak da.. takpe la.. at least aku luahkan apa yang terbuku dalam hati nurani aku. wahahah...

Assalamualaikum WBT


p/s: nak sambung buat kerja!!

4 comments:

  1. itu la naz.. ikut kemampuan memasing la kan?

    ReplyDelete
  2. Mogok dh berakhr hri slsa, sbb israel gve up mmndgkn rmai yg mnyokong tdkn phk bnduan plestine ni

    ReplyDelete
  3. yup.. tau da.. saje je aku nak buat entry ni pun.. heheheh

    ReplyDelete