Nuffnang Ads

Saturday, May 26, 2012

KELUARGA ATAU KAWAN???

Malam semua.. eh!! dah pagi da, Pukul 12.45 pagi. 

hurrmmm.. apa je yang aku dapat semalam? tengok balik.. revise.. urmm.. banyak jugak la.. alhamdulillah.. pelbagai pengalaman yang aku kutip untuk dibawa sebagai bekal tatkala aku pulang ke rumah aku nanti.

Baiklah.. tetiba aku nak post sal satu ni je.

"Antara keluarga dan kawan, mana lebih penting? adakah kamu dalam kesusahan, siapa yang akan kamu call dahulu, mak, ayah, adik-beradik atau kawan?"
"Siapa yang bagi kamu duit kalau kamu tiada duit?"
"Siapa sebenarnya yang memberikan kamu semangat untuk study?"
"Siapa sebenarnya yang memberikan kamu sokongan dan segalanya untuk study?"

Setiap satunya ada pros dan cons kan?

Time kita di Uni, kita berkawan, kita berhutang dengan kawan, makan dengan kawan, membeli belah dengan kawan, bergaduh dengan kawan, berselisih faham dengan kawan, tapi yang sebenarnya, siapa di belakang kita yang selalu mendoakan kejayaan kita? kawan ke? Salah, yang selalu mendoakan kejayaan kita dalam doa sembahyang mereka adalah KELUARGA kita, IBU dan BAPA kita. Salah aku cakap? cuba tanya kawan sendiri, ada tak?

Aku mengaku, aku berhutang dengan kawan aku, tapi insyaAllah, nanti aku bayar bila mak dan ayah aku masukkan duit. Tengok? mak dan ayah masukkan duit, Ada aku cakap "nanti bila kawan aku masukkan duit" takde weh. Ingat! KELUARGA adalah segalanya. Baik ke, buruk ke, Mereka adalah segalanya. SEGALANYA. okay? ingat tu.

Aku nak provoke ke apa? takde langsung, cuma malam ni tetiba terpikir akan benda ni. Baru je tadi.

Assalamualaikum WBT


p/s: YES! aku ada berhutang, insyaAllah, aku akan bayar hutang aku. Aku ingat hutang aku.

No comments:

Post a Comment