Nuffnang Ads

Friday, May 18, 2012

PILIHAN DAN PENGALAMAN!!!

Hi semua..

selamat malam dan mesti ramai da yang duduk berehat di depan tv dan mungkin ada jugak yang sedang duduk di hadapan laptop menanti update-update dari blogger-blogger yang menjadi ikutan kalian kan? *moga ada yang baca blog aku dan promotekan kat kawan-kawan blogger diorang. Hehehe..

Baiklah, untuk entry kali ini, aku nak bercerita sikit fasal PILHAN DAN PENGALAMAN.

Apa itu Pilihan? apa pulak itu Pengalaman? Mesti ada tertanya2 kan? padahal dua benda ni agak berbeza dalam segi maknanya kan? tapi tidak dalam erti kata kehidupan. Baik, aku huraikan lagi.

Okay, sebagai individu yang akan menghabiskan pembelajaran tak lama lagi, aku boleh memilih untuk mencari pengalaman berkerja ataupun tidak. Tapi apakah itu akan membantu aku dalam kehidupan masa depan aku? ikut logik akal, memang lah TIDAK kan? memang tidak pun. Pada aku, pengalaman adalah guru untuk segalanya. Ia mengajar kita erti kehidupan, mengajar menguruskan masa, mengurus kewangan dan pelbagai lagi.Tapi apakah aku telah bersedia untuk membuat Pilihan dalam mengejar Pengalaman? YA! aku sudah bersedia kerana every single thing happened in this world starts with courage and first step. Langkah pertama adalah yang paling penting. Betul tak bakal graduan semua? Korang pun mesti masih terpikir2 nak kerja apa nantikan? sama lah macam aku pun..

Kita juga boleh membuat pilihan untuk bekerja dengan Kerajaan, Swasta ataupun bekerja sendiri seperti menjalankan perniagaan dan bermacam lagi tambahan pula, zaman sekarang, kerajaan menggalakkan industri IKS dibangunkan oleh anak-anak muda yang masih tidak dapat kerja. jadinya, usaha tangga kejayaan, mungkin senang bercakap kalau gagal usaha lagi, susah sebenarnya nak melakukannya kan? percaya arr... susah weh..

Lagi satu, tanpa pilihan takde pengalaman, sebab pilihan menentukan segala pengalaman yang akan kita kutip sepanjang perjalanan, itu yang pasti. betul tak?

Pengalaman boleh didapati dimana-mana, cuma, mentaliti orang Malaysia ni, kalau belajar tinggi-tinggi, kalau berkerja tak pakai kemeja, tie, kot, kasut kulit dan duduk dalam air-cond adalah taboo dan perkara yang boleh menjadi bual mulut orang, payahlah lau macamni. Apa lah.. cuba paham konsep cari pengalaman, takkan kita nak masuk dalam satu2 bidang kerja tu kita terus naik ke atas? tak boleh.. kita kena mula dari bawah, baru la segalanya akan baik dan kita pun boleh paham keadaan kerja orang bawah macamne. Ini tidak, nak masuk je terus nak naik ke atas, belajar la dulu dari bawah. Baru boleh dan dihormati.

Hurm.. jadinya? Nampak tak pertalian antara PILIHAN dan PENGALAMAN sekarang? nampak kan? aku rasa penjelasan aku tu agak terang dan mudah. Okay la, nak sambung lagi buat kerja, da nak siap da Chapter 3 aku nih, nak masuk Result dan Findings pulak. hihu~~


Assalamualaikum WBT


p/s: aku malas makan malam ni, kenyang da minum Teh BOH!

2 comments:

  1. haah saya dah nampak antara pilihan dan pengalaman... terima kasih kerana telah menyedarkan saya... done follow - Noob

    ReplyDelete
  2. Prince of Noob - you mesti ada blog kan? cmne nak follow blog you kalau u tak letak kat profile?

    ReplyDelete