Nuffnang Ads

Sunday, May 13, 2012

PUKULAH ANAK MU...

Hi semua..

wahahaa... urm.. urm.. urm.. aku sebenarnya tak tau nak post apa sebab sekarang dalam mood nak buat research dan kerja2 yang agak sedikit banyak tu. *sedikit? banyak? macamne tuh? wahahha..

okay.. aku ada dah nak coretkan. Aku nak komen sal budak perempuan (video heboh dalam FB tuh) yang tanpa segan silu memukul anaknya. Aku nak comment sal parenting beliau. Mungkin perkara ni dah lama da tapi biar lah, aku nak post jugak walau camne pun. hewhewhew...

Okay, in general, everyone in this world nak berkahwin dan nak ada anak kan? cuma hakikatnya kita tak tau apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin, pada permulaan perkahwinan semuanya kelihatan bahagia, indah dan apabila sudah ada anak, perkara lain akan menjenguk. Tanggungjawab bertambah, perbelanjaan meningkat dan sebagainya. Jikalau tahap gaji masih di takuk yang lama, ia obviously menjadi masalah kepada perbelanjaan. Semua betambah. Itu baru satu masalah.

Terdapat pelbagai lagi masalah yang mungkin akan timbul jikalau kehidupan tidak direncanakan dengan baik.  Mungkin ada yang mengatakan selagi mana seseorang tidak masuk ke dalam alam perkahwinan dan alam kekeluargaan , seseorang itu tidak akan dapat mengetahui apa yang dirasai oleh pasangan yang telah berkahwin. Mungkin ada kebenaran apa yang diperkatakan, tapi itu tidak semestinya menjadi satu permasalahan untuk seseorang memahami apa yang berlaku. Kita cuma perlu adapt apa yang kita tahu. Proses kehidupan adalah sekejap dan kita perlu hati yang kuat untuk mengharungi segala dugaan. Itu yang pasti.

Mungkin sebagai seorang remaja yang masih baru dalam kehidupan dunia ini tidak memahami apa yang telah dilalui oleh orang yang telah berkeluarga. Tetapi, jangan jadikan ia alasan dan jalan keluar untuk tidak memahami apa yang dilalui dan diharunigi oleh pasangan yang telah berkahwin. 

Kita dalam dunia yang penuh cabaran ini mempunyai peranan masing-masing dalam melalui dan mengharungi kehidupan. Pengalaman dan rencah kehidupan perlu dikutip sepanjang perjalanan untuk mempersiapkan kita di masa hadapan kelak. Mungkin ada yang gembira untuk melalui kehidupan dan alam perkahwinan, tetapi kena ingat, adakah kamu telah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang ada? adakah kedudukan kewangan sudah kukuh? adakah segalanya telah kuat, hati, perasaan? Fikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. 

Berbalik kepada ibu yang memukul anaknya yang telah disiarkan di dalam tv dan juga surat khabar. Memang salah ibu kerana memukul anaknya tanpa sebab, apatah lagi anak kecil itu tidak tahu apa salahnya. Adakah kita pernah terfikir akan stress yang melanda ibu tersebut? Adakah ibu itu sihat mentalnya? adakah ibu itu sedar akan perbuatannya? Itu persoalan-persoalan yang kita kena tanya diri kita dan kita juga kena jawab dan juga individu yang berada disekeliling ibu itu harus menjawab persoalan ini. Mencari kesalahan adalah mudah namun, mengaku salah adalah perkara yang paling SUSAH untuk dilakukan. Tidak percaya? Cuba anda tanya diri anda sendiri, berapa kali anda mengaku salah? Boleh dikira dengan jari bukan? 

Masuk pulak ke bab yang baru, PARENTING. Dalam parenting, terdapat pelbagai cara yang ada untuk mendidik anak-anak. Corporal punishment, rewarding, reinforcement dan banyak lagi cuma kita sebagai orang yang dewasa kena harus bijak memilih untuk cara yang mana kita aplikasikan kepada anak-anak yang sedang membesar. Kita lihat, kita analisis dan kita aplikasikan. Punishment adalah salah satu daripada cara untuk membesarkan anak-anak, tapi harus diingatkan, kita kena menetapkan satu landasan untuk diri kita sendiri dalam menghukum anak kecil dan harus diingat juga, anak-anak akan membesar dan kita tidak mahu apa ajaran negative yang kita tunjukkan diaplikasikan apabila dia dewasa kelak. Take note!

Apa-apa pun, didiklah anak-anak dengan kasih sayang dan jugak landasan yang betul. Berikan didikan agama yang secukupnya dalam memastikan bekalan akhirat anak-anak cukup untuk akhirat kelak.

Assalamualaikum WBT


p/s: Selamat hari ibu.

No comments:

Post a Comment