Nuffnang Ads

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU WEH!!!

Hi semua..

hari ini hari apa? berapa hari bulan? 16 Mei 2012!! ini bermakna hari ini adalah hari untuk sambutan Hari Guru!!! kan? betul tak?

Kalau dulu sekolah rendah, sekolah menengah.. kemain lagi sediakan hadiah untuk segala jenis guru yang adalah dalam sekolah tu, hadiah paling selamat, SABUN! hahahaa.. ataupun FRAME untuk letak gambar.. memang dua hadiah ni adalah hadiah yang paling selamat dan paling DISUKAI oleh para pelajar untuk membelinya, murah pun murah. SABUN fruitale tu baru RM1 satu buku, sepuluh guru, baru RM10 kena belanja kan? heheheh... senang. beli pukal habis cerita. hahahha.. *kenangan masa dulu.

Sekarang? sekarang umur aku telah menjangkau 24 tahun dan aku nak sambut hari Guru tapi setelah menjejak kaki ke Univerisiti ni., suasana tu jadi lain. Takde la aku nak menyambutnya, sensorang tapi sebenarnya boleh je kan tapi atas diri sendiri nak sambut ke tidak. hihu~~  Tak salahkan sesiapa atau tidak sekali aku lupa diri. *eleh, masuk universiti, tapi lupa hari guru bila. itu kata2 hati kecil orang kot, aku tak tau sangat. sebab aku takde super power nak tahu2 apa orang fikirkan kan? hihu~~ maaf!

Tapi apa yang penting, dengan adanya teknologi sekarang ni, melalui FB dan Blog, aku mampu untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru2 aku yang mengaajar aku. Mari aku list downkan sekolah aku..

1. Sekolah Kebangsaan Kuala Atok
2. Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Ad-Dinniah Dong
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Dong
4. Universiti Sultan Zainal Abidin

Tak kira lah guru ke, cikgu ke, pensyarah ke, kawan-kawan ke, apabila dia mengajar satu sahaja huruf, maka aku panggil mereka cikgu, biarpun tidak sekuat alam aku panggil nama mereka tapi mereka tetap teacher, They teach/taught me. So, mereka adalah guru. okay?

Lagipun, istilah teacher ni dulu narrow, orang putih panggil teacher untuk mereka benar-benar tahu tentang sesuatu ilmu tapi sekarang, semua orang boleh jadi guru kan? takpe, itu nama language change. Take note! 

Tapi, pepe pun, ni hadiah untuk guru seMalaysia!!

ha.. memang buruk..huhuhuhu...

Assalamualaikum WBT


p/s: Selamat Hari Guru!!

No comments:

Post a Comment