Nuffnang Ads

Saturday, June 2, 2012

RESEPI ROTI TERSEDAP SEKALI DI ABAD INI!!!

Fuuuh.. aku kenyang!! sangat kenyang.. dan memang seriously kenyang. 

Mesti korang nak tau aku makan apa kan? huahuahua..

ini resepi yang memang turun termurun dari kaum kerabat jiran aku kat Afrika Selatan. *lawak je. Masa dulu, Hang Pas Gas telah menjumpai sebuku roti dan membawanya balik kerumah. Sesampai sahaja dirumah dia membawa roti itu dan menunjukkannya kepada isterinya. Lalu isteri memotong roti tu dan dapatlah beberapa keping roti. Lalu, isterianya menyapukan mentega keatas permukaan roti tu dan menaburkan gula. Memang idea yang baik daripada isterinya. Lalu, Hang Pas Gas bertanya, "Daripada adinda dapat idea ini?" 

Lalu, bininya yang bernama Mawar Gusto-gustikincincinbelahrotan pun menjawab, "Abang, jangan nak mengada lah!! ini kan tahun 2012, semua orang tahu". *sambil ada lagu Rem "Semua orang tahu...". Kena sebijik kat muka Hang Pas Gas. 

*maaf cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang da takde.

Aku sebenarnya nak post something ni, resepi mudah dan sedap. Tak yah guna api, tak yah guna dapur letrik. Mari! aku tunjukkan. Bahan-bahannya adalah *ala-ala Chef Wan gitu kau!


Mentega.

Gula.

Haruslah ada roti dek non!!!..

Selepas tu, Chef nak tunjukkan cara-cara bagaimana hendak membuat resepi yang mudah ni, dengan beberapa langkah sahaja, anda dirumah, mahupun dihadapan blog ini, dalam mencuba dengan baik. Ajak jiran sebelah rumah cuba okay? tak pun, kalau sesiapa yang ada tukang kebun, boleh la ajak sekali.
 
mula, amik roti dan sapukan mentega. Secukup rasa.

Selepas sapukan mentega di roti , letakkan gula sesuka hati,
di atas roti itu.

Dah siap!!! senang tak? senang kan>? hihu~~

Ha.. senang kan? memang senang je, chef da cakap da. Eh!! salah, aku da cakap da. Korang kena cuba. okay? makan lak dengan air panas pepagi hari.. memang best! dan korang boleh buat ni kalau korang rushing pergi keja kan?


Assalamualaikum WBT


p/s: dah kenyang!!

6 comments:

  1. yes, Akmal, seriously I like this pos! Ader pengenalan yg kelakar!

    ReplyDelete
  2. thanks kak yuni. I wrote what's in my head. i let the finger crawl on the keyboard.. well.. dance actually..

    ReplyDelete
  3. yup.. memang sedap shafiq.. memang sedap,.

    ReplyDelete
  4. haha resipi chef akmal ni aku dah guna dr zaman skolah rendah lg.. mmg sedap giloz kan??? mak aku pon suker.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Thanks BP Boy sebab komen. Betul2..saje je letak.. tapi hasilnya sedapk kan?

    ReplyDelete